Tuesday, February 9, 2010

Perempuan Cantik.

Suka tengok perempuan cantik? Jika korang lelaki, maka korang memang normal. Tapi kalau korang perempuan....err...normal jugak kot? Lumrah manusia memang sukakan kecantikan, am I right? Hehehe..

"Beauty lies in the eyes of the beholder."


Biasa dengar term ni? Atau dalam bahasa mudahnya, "Kecantikan itu adalah hak milik setiap insan terletak pada mata orang yang memandangnya," Sebagai contoh, si A mungkin kata Britney Spears tu cantik. Pastu si B pulak bangkang. Katanya Christina Aguilera lagi cantik daripada Britney Spears. Semua orang punya pendapat yang berbeza dalam soal kecantikan.


TAPI....


Apa agaknya pendapat korang kalau jumpa :

  1. Perempuan cantik, tapi takde attitude.
  2. Perempuan cantik, tapi mulut macam longkang.
  3. Perempuan cantik, tapi suka amik kesempatan.

Adakah korang akan still label dia sebagai perempuan cantik? Atau persepsi korang dah berubah? Meh kita tengok contoh :


*************************************************************************************

SITUASI 1.

Si C : Ish, mana agaknya Z ni tak sampai-sampai lagi? Janji pukul 11 pagi, sekarang dah nak pukul 1 tengahari.
Si D : Itulah, kerja banyak lagi belum siap ni. Lambat betul minah ni.

Tak lama kemudian, Z datang.

Si Z : Sorry girls, I lambat tadi. Well, you know me. It took me nearly 25 minutes to put on my lens and my fake eyelashes.

*Padahal sebenarnya nak handing over grouping assignment je. Bukan nak pergi memburu lelaki shopping. And to make it worse, it might be like this,*

Si Z : Eh, you all nak template haritu ke? Oh my, I belum siap lagi la. I'm sorry occay? I'll give it to you next time la.

Si C & D : $%^#&*dghj%

*************************************************************************************

SITUASI 2.

Korang tengah tunggu bas. Ada ramai orang yang tunggu bas sekali dengan korang. Tak lama lepas tu, bas pun sampai. Biasalah naik bas kan, bertolak-tolak, berhimpit-himpit segala. Masa tu lah korang ternampak ada seorang brader ni, terlanggar bahu seorang perempuan depan korang. Bila perempuan tu toleh ke belakang, korang pun sempat puji dalam hati, "Cantikla perempuan ni," Brader tu pun cepat-cepat mintak maaf. Sebab dia tak sengaja. Tapi, tiba-tiba perempuan tu tarik muka masam, dan memaki hamun brader yang tak bersalah tu. Keluarlah segala carutan dan makian yang berbagai, sampai korang rasa nak backup je brader tu. Kesian betul tengok muka brader tu dah merah sebab malu kena maki kat public.


*************************************************************************************

SITUASI 3.

L ni cantik orangnya. Semua orang tau yang dia ni begitu bangga dengan kecantikan yang dia miliki. L ada boyfriend, M nama dia. M ni, korang tau memang sayang habis dengan si L ni. Yelah, awek cantik kan. Siapa yang tak sayang? Apa yang L nak, semua dia bagi. Dalam masa yang sama, L rapat dengan seorang pegawai atasan tempat dia belajar. En Q ni tau yang L ni ada bf, tapi dia tetap tega mengajak L dinner, lunch, supper, pergi tengok wayang etc. Yang L ni pun layankan je. Dia tak pernah tolak ajakan En Q, tapi dia tau yang M sebenarnya cemburu dengan tindakan dia tu, tapi dia buat dek je. Punyalah En Q ni tangkap cintan sama itu L, sampaikan L gi kelas dia jemput, assignment jangan cakapla, full marks sentiasa. Padahal korang tau assignment L tu standard tangkap muat je. Korang berhempas pulas study nak exam, dia relax je. Tapi bila result keluar, lebih kurang sama je keputusan dia dengan korang yang tak cukup tidur nak study. Lagi korang panas bila dia bakar line, "Alalala, kesian ek korang penat je study. Tengok macam aku, tak study pon boleh dapat result best," dan senyum sinis.

************************************************************************************

Apa agaknya persepsi korang lepas tu?


Tuesday, February 2, 2010

Tag dari Syud!!

Sudah sekian lama hiatus lalu I'm back!!!! Hehehe.. Tiba-tiba macam agak sibuk seminggu dua ni. Plus ada masalah sikit dengan laptop ni, tak sempat2 nak update.. Disebabkan Syud da mengetag diri ini, sebagai blogger yang prihatin maka mari kita buat tag.. Yeay! (eh?)

Ini adalah peraturannya.. Dah kena tag? Maka sila tulis 25 FAKTA / INFO tentang diri sendiri. Kemudian, tag kawan-kawan kamu seramai 10 orang untuk buat menda yang sama.

  1. Nickname aszni asalnya adalah gabungan nama aku sendiri. Yelah, nama aku kan panjang berjela. Err, Asmaul husNi. Z tu cume additional je. Somehow Z tu nampak macam kool.
  2. I think I love purple. Tapi masalahnya sekarang, banyak barang2 aku yang berwarna coklat berbanding purple.. Camana? Tak perasan bila masa ada banyak benda yang berwarne coklat.
  3. I'm a left-handed person. Selalu orang left-handed ni dikaitkan dengan pemikiran yang kreatif dan juga bakat melukis. But believe me, I can't do either. *sigh* Pegang sudu pun kat tangan kiri tau?
  4. Suka air. Tak kisahla air kolam ke, tasik ke, sungai ke, laut ke. Pantang nampak air rasa nak terjun masa tu jugak! Masa kecik2 dulu abah rajin bawak aku dengan adik aku gi Teluk Batik teman dia jogging. Macam biasalah, abah jogging, aku dengan adik aku berendam dengan air laut daripada pukul 7 pagi, sampai pukul 10 pagi.
  5. Walaupun macam tu, aku tak pandai pon berenang. Ye, anak seorang tentera laut tak pandai berenang? Tapi aku boleh float and hold my breath underwater dgn jayanya. So, itu dikira satu pencapaian la kan? Hehehehe..
  6. Suka aktiviti outdoors. Pernah buat firefox flyingfox, retailing, abseiling, paintball, berakit, kayak, and I'm dying to try scuba diving and snorkeling. Sekarang ni aku dengar ada orang tu nak try go kart. Tu pon cambest gak. Hehehe..
  7. Perempuan selalu dikaitkan dengan coklat, ice-cream, sweets, candy, whatsoever. But I'm not into those things. Bukanla kata benci, cuma tak selalu makan je. Dulu pernah dapat Cadbury yang paling besar masa kat Teknik. Huh, seminggu makan tak habis-habis. Cuba try bagi kat dia ni, atau dia ni. Sekejap je dah abes.
  8. Aku suka membaca. Majalah, novel, cerpen, dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Sekarang tengah ralit mengumpul novel grafik.Tapi pon dah lame xde collection yang baru.. Huhu..
  9. Suka sangat tengok anime Bleach, which is my favourite now. Bercita-cita nak tengok One Piece, tapi tak sanggup nak start daripada Eps 1 sebab sekarang kalau tak silap dah sampai Eps 300++..
  10. Suka tengok JDorama. Tak minat sangat KDorama. Kenapa? Sebab rasanya Korean macam susah nak imitate berbanding Japanese. Hehehe..
  11. Ada parut berbentuk Nike kat bawah kening sebelah kanan. Kesan daripada cakaran kucing. Dulu suka sangat kat kucing. Pantang nampak kucing, puasla dok mengejar kucing tu sebab nak pegang. Bila dah dapat pegang, kucing tu meronta-ronta dan....! Inilah hasilnya. :P
  12. Sangat suka muzik. Frankly speaking, lebih banyak mendengar English song rather than Malay song. Sebab? Xde sebab. So, kalau travel ke mana-mana, EARPIECE adalah sangat disayangi-lalu-dibawa-kemana-saja.
  13. Suka berjalan, dan sebab bila berjalan macam dapat release sedikit tension.
  14. Tak suka menunggu. Tapi lebih baik menunggu daripada ditunggu kan? Walau macamana pon, tetap tak suka menunggu. Lebih-lebih lagi jika yang ditunggu itu sedang MELECEH! Ergghh!!
  15. Tak suka serangga. Lebih-lebih lagi yang bersayap dan boleh terbang. Sanggup tak masuk dalam bilik kalau ternampak lipas. Ada pengalaman pahit dengan para serangga. Ouh, also dengan katak. Rumah lama dulu ada banyak katak, so memang menjerit-jeritlah mintak housemate yang baik budi pekerti tolong halaukan keluar.
  16. Tak suka bau Lavender. Anything in Lavender, tak pernah berkenan. Walaupun Lavender itu berwarna PURPLE, tapi tak suka bau dia. Huhuhu..
  17. Disebabkan aku ni anak sulung, so memang terang dan benderang sikap garang tu ada. Adik-adik aku pun semua dah sedia maklum. Akak dia yang ni memang garang kat rumah. Nak buat camana, dah korang tu degil.
  18. Aku tak pernah pergi tengok wayang, sehingga umur GENAP 21 tahun. And the 1st movie I watched was Geng : Pengembaraan Bermula.
  19. Orang yang baru nak kenal dengan aku akan ada anggapan yang aku ni act sombong orangnya. Bila dah kenal, dah baik baru diorang tau macamana aku sebenarnya. Pengalaman lalu mengajar aku untuk lebih berhati-hati dalam persahabatan.
  20. Tak boleh keluar rumah tanpa wallet. Tanpa handphone boleh lagi, tapi tanpa wallet is no no no! Sanggup patah balik.
  21. Dalam handbag aku biasanya ada wallet, handphone, tisu, perfume, kipas tangan, clorets, 1 pen hitam, earpiece, coins, compact powder (optional), lipbalm.
  22. Dulu masa tinggal kat Muar ada Ombak, sekarang dah tinggal kat Seremban, Ombak terpaksa ditinggalkan di Segamat. Rindunya kat Ombak, that's why tak banyak berjalan. Huhuhu.. Naikla public transport kalau nak ke mana-mana.
  23. Ambik lesen kereta tahun 2006, dah lulus, lesen tu buat hiasan dalam wallet selama setahun. Dah setahun baru nak pegang stereng. Hehehe..
  24. Ada impian nak memiliki sejenis HONDA JAZZ. Tapi macam tak mampu, lalu menyimpan impian spare nak VIVA ELITE.
  25. Tahun ni, nak kerja cepat-cepat. Nanti nak simpan duit nak kahwin beli kereta! :D

Orang yang diTAG adalah :

1 - Kinkin
2 - CZ
3 - Myra
4 - Ridh
5 - Anom
6 - Rere
7 - Haidah
8 - Lokman
9 - Whoever read this post, automatically YOU ARE TAGGED!

Thursday, January 21, 2010

Terengganu~

Last weekend aritu aku dapat undangan ke Terengganu. Ke wedding abang angkat aku yang dah 10 tahun kot tak jumpa. Aku pergi gak walaupun macam2 jadi sementara nak sampai. Gerak hari Jumaat, tiket pukul 8.30 malam. Sabtu esoknya kenduri sambut menantu sebelah abang aku. Tau aku sampai Kuala Terengganu pukul berapa? 6.15 pagi ye. SEPANJANG MALAM DALAM BAS! Adik abang aku, Angah datang amik dalam pukul 6.30 pagi. Dia ketawakan je aku yang merungut-rungut duduk dalam bas lama-lama. 


Sampai umah abang aku, sarapan, pastu rehat sekejap. Pukul 10.30 kitorang dah bersiap2 nak ke dewan majlis. Abang aku buat majlis kat dewan je, senang tetamu nak datang. Tema kaler pink, tp aku dengan housemate aku pergi tibai bawak baju kaler biru. Kohkoh.. Mana aku nak tau? Abang aku tak cakap ape2 pon. Angah pon gelakkan kitorang. Hampeh betul. Hari Ahad lagi best. Bajet nak balik pagi. Angah pukul 8.30 pagi lagi dah pergi Stesen Bas Kuala Terengganu tnya tiket nak balik Seremban. Tau tiket ada pukul berapa? 9.00 pagi dan pukul 9.30 malam. Aku dah terkebil-kebil masa Angah call. Takde pilihan. Terpaksalah amik tiket pukul 9.30 malam. 


Sebelum balik, tau apa abang aku pesan? "Nanti kahwin jangan lupa jemput abang, Insya allah abang datang," aku gelak je dengar. Kahwin? No komen la.. Malam tu Angah hantar kitorang pergi bustand, sebab abang aku tak dapat hantar. Dia tunggu sampai bas tu bergerak, siap lambai2 tangan lagi! Rasa macam kelakar pulak bila Angah tunggu aku sampai bas jalan. Yelah, aku kan anak sulung. Macamni rupanya rasa ada abang ek? Hehehe..


Oh, ye, silelah menjamu mata dengan gambar2 yang tak seberapa ni. Untuk Along, Selamat Pengantin Baru. Hehehehe.. Untuk Angah, bila lagi? 









Tuesday, January 12, 2010

Special Entry.


Amaran : Ini adalah Entry khas. Sila klik pangkah di atas jika rasa tak mahu baca. Trimas. :)


Atas permintaan empunya diri, aku nak tulis sedikit sebanyak tentang dia. Siapa dia? Nama kat IC, Mohd Noor Halimy b. Mohd Najib a.k.a H. Kenapa aku letak initial H?? Saje.. hehehe.. Halimy tu macam panjang sangat pulak nak sebut. :P


Okey, let's proceed. H ni orangnya simple, dan sederhana. Pergi kerja naik skuter je. For the 1st day I know him, I don't even know he own a car. Abes, mane-mana pergi naik motor je. Betapa simple nya dia. Hahaha..


Kegemaran dia? 1 benda yang pasti, dia sukakan kucing dan kanak-kanak. Dia ada kucing seekor kat umah, nama kucing tu Jimmy. Jimmy tu manja dengan dia. Sampai kadang-kadang tu masa bercakap kat telefon, aku boleh dengar Jimmy tu mengiau. Jeles nih! Tapi latest aku dapat tau Jimmy dah hilang.. Huhuhu...


Dia memang suka budak-budak. Tak sama dengan aku yang rasa budak-budak tu adalah annoying comel. Warna kegemaran dia? Err..biru kot? Tapi aku tengok baju dia macam ade banyak jenis kaler. Camane? Hehehehe.. Dan lagi satu, dia suka muzik. Jamming, karaoke adalah favourite dia. H boleh je straight layan 11 lagu kat Mahligai Gading Bintang Gemilang. Aku dah surrender, dia still on lagi. Pakai bateri apa dia ni aku tak taula..


Peoples around me used to say that the actual reason I falls for him is because of his physically appearance. But it's not. Aku jatuh sebab peribadi dia. Kelakar? Nak gelak? Sukati. Pada aku penampilan luaran tu xsemestinya sebab kenapa aku jatuh kat seseorang tu. Kalau kachak sangat pon payah gak, mana-mana pergi ada je orang yang pandang. So, biarla faktor dalaman yang buat aku senang dengan dia. Salah satu faktor dalaman dia yang buat aku jatuh adalah sebab dia seorang yang romantik. Macam love note yang ini.  Hehehe.. It's a small thing actually, but I just love the surprise. (blushing)


Dia seorang yang caring, flexible, dan yang paling penting banyak bertolak ansur. Flexi yang macamana? Dia tak kisah nak melepak dengan sesiapa pun, including my girlfriends. Kalau dia xbz, he'll always be with me wherever I would go. Pergi lunch, dinner, dating, even jumpa family aku kat hospital last time haritu pun dia ada sama. Family aku pun dah tau aku kawan dengan dia, so mereka terima dia seadanya. Syukurlah, senang sikit hati aku. :) 


Well, ada banyak lagi sebab sebenarnya tapi xkan nak share semua kat sini kan? Hehehe.. Save sikitla untuk aku. :P


To H : I've wrote this down for you. I'll hope you like it dear. :)