Pages

Tuesday, December 29, 2009

Welcome 2010.




Macam dah lama pulak tak update belog. Kebetulan last week balik Segamat, lepas tu laptop ni pulak diserang simptom sampai kena repair Windows balik. Kecik hati betul. Huhuhu. Minggu ni ingat nak share resipi baru, tapi sibuk sangat sampai tak sempatla nak update. But no worries, I'll do it later. 


Semua orang sibuk bercakap tentang ketibaan tahun baru. Mana nak celebrate, nak lepak mana, aku macam takde hati nak cerita pasal semua tu. Maklumlah, aku pun kat tempat baru sekarang kan? So, everything is new here for me. Nak celebrate dengan kawan-kawan, semua tercampak jauh kat atas peta. Kemaman la, JB la, Muar la, haih. Macam touching plak. Hahahaha.. (Padahal New Year ni dah decide nak balik Muar,) 


Memandangkan lagi 2 hari akan datang menjelang tahun baru, aku nak flashback sket ape yang dah berlaku overall tahun ni :-


Januari - April = Siapkan final projek untuk Diploma. Masa sangat pack masa ni sebab terkejar-kejar. Mujur dapat siapkan dalam masa yang ditetapkan. Alhamdulillah. Waktu ni pun dah mula mengintai peluang untuk menjalani praktikal. 


Mei - Ogos = Diterima praktikal kat KPDNKK Muar, belajar banyak benda baru, cuba adapt dengan persekitaran baru, kenal ramai orang, kenal H, mula merancang hidup sendiri (tp lain yang plan, lain plak yang jadi) Many unexpected things happens within this month and I was so down at those times. But thanks to someone special who is always stand by me. He gave me the strength to move on, and his 200% support so that I won't easily fall again. 


Sept - Oktober = Dah habis praktikal, pindah rumah baru, bf baru, start siapkan report praktikal dan dalam masa yang sama mula mencari peluang pekerjaan.

November - Disember = New chapter in my life. 100% change the whole plan. From IT to cookery? Drastik sungguh. Daripada Johor ke Negeri Sembilan. Tapi takpe, grab the opportunities. Cari pengalaman baru, dan ilmu. 


So many thing happens eh? Tahun baru ni, tak tahu apa pula yang menanti. Tapi yang pasti, kehadiran tahun baru ni bakal disambut dengan penuh rasa syukur. Semoga perjalanan hidup kita diberkati dan diredhai-Nya. 


p/s : ni ada gambar kek nak share dgn korang. Kek Chocolate Mousse. Silelah meliur.. :P


Tuesday, December 15, 2009

Spageti Bolognese & Mini Pizza.

Hai hai hai.. Arini I nak share resipi lagi dengan korang semua. (Ecehh, macam best je bunyi dia) Nak tau tak arini ada resepi apa? Tengok kat atas tu apa yang I tuliss.. Talks no more, lets go with the recipe.. 


SPAGETI BOLOGNESE.

Sos Spageti.

1. 250 gm daging cincang 
2. 100 ml susu segar
3. 1 biji bawang Bombay (dicincang)
4. 1 ulas bawang putih (dicincang)
5. 1 tin tomato puri
6. 4-5 biji tomato (dihiris)
7. Lobak merah (dipotong dadu)
8. Seleri (dipotong dadu)
9. 1 tin cendawan butang (dihiris)
10. 500 ml stok ayam
11. Oregano & Italian herbs
12. Butter
13. Keju Mozzarella / Parmesan / Cheesedale
14. Garam


Cara untuk menyediakan sos spageti. 

1. Panaskan butter, dan tumiskan bawang putih, bawang besar, lobak, seleri sehingga garing. 
2. Masukkan daging cincang dan tomato puri. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan susu segar.
4. Masukkan oregano dan Italian herbs, masak sehingga naik bau.
5. Masukkan stok ayam, kacau dan masukkan keju mengikut kehendak anda.
6. Akhir sekali, masukkan cendawan butang, tomato yang telah dihiris dan garam secukup rasa. 


Dah siap! oh, jangan lupa rebus spageti anda. Hehehehe..



MINI PIZZA. 

Bahan-bahan untuk doh pizza.

1. 1 tbsp serbuk yis @ 25 gm yis basah.
2. 1 1/2 cawan air suam.
3. 500 gm tepung.
4. 1 tbsp olive oil / corn oil
5. Secubit garam.


Cara-cara mengadun doh pizza.

1. Masukkan yis, tepung, olive oil / corn oil.
2. Masukkan air suam secara berperingkat dan uli sehingga adunan menjadi elastik.
3. Uli doh sehingga ia menjadi elastik dan tidak lagi melekat pada tangan. 
4. Lumurkan olive oil / corn oil ke atas doh dan biarkan selama sejam.



Sos untuk Pizza.

1. 1 tin puri tomato
2. 1 biji bawang besar (dicincang)
3. 1 helai bayleaf
4. Sedikit seasoning (garam / pepper)
5. Oregano



Cara memasak sos Pizza.

Tumiskan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan tomato puri dan air. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan bayleaf, oregano dan seasoning. Masakkan di atas api yang sederhana. Setelah mendidih, tutup api. Dah siap sos untuk pizza. 



Cara-cara untuk menghias pizza.

Ok, buat topping untuk pizza merupakan satu menda yang paling best sekali sebab actually kita boleh letak MACAM-MACAM kat atas dia. Including sausage, pineapple, onion, tomato, chilli, meat, chicken, fruits, whatever. Mudah je. Mula-mula, potong doh yang kita dah rest kan tadi dan roll dengan menggunakan rolling pin sehingga rata. Jadikanlah bulatan ke, tiga segi ke apa ke terpulang. Then, spread the sauce on the top of the dough. Pastu, susunlah topping yang anda suka. Atas sekali, taburkan mozzarella cheese yang dah siap diparut dan parmesan cheese. Untuk pengetahuan semua, mozzarella cheese ni yang akan memberikan effect tarik pada pizza anda. Lepas dah siapkan topping, bakar dalam oven. Lepas tu siap!


Okey, ini adalah gambar pizza yang kami buat sebelum dibakar dalam oven. Yang dah siap bakar? Tak sempat snap sebab semua dah selamat kena makan. Hahahaha..









Sunday, December 13, 2009

H.A.P.P.Y. D.A.Y.S.



This week might be the best week that I ever had. Why? because last Tuesday, someone very special came and visit me here. Even though there's so little time we had to spend together, I'm happy enough. Dengan keadaan dia yang super busy beberapa minggu ni, aku tak sangka yang dia akhirnya dapat datang walaupun ada beberapa masalah2 kecil yang tak dapat dielakkan. Thanks my dear, u know how much I appreciate it. 

Last Thursday, Kinkin plak datang sini. Wow. Double Tap. Dah lama tak jumpa, rasa macam bercakap pon tak habis-habis. Hahahaha.. Lepak KL dengan Rere sekali tengok Zombieland. Aku tak boleh belah betul tengok movie tu. It was a funny movie actually, but it was also scary. (For me la kan) Asyik terperanjat je. Aku dah tak tau nak pegang sape. Si Kinkin tu pon terjerit-jerit kat sebelah aku, mau aku lagi tekejut-makjut kalau aku pegang dia. Rere je asik gelak-gelak. Kitorang mostly memang terjerit je sebab terperanjat. Huh, surrender aku tengok cerita camnih. *sigh*

Hari Sabtu plak, gi wedding Johari & Nia kat Damansara Damai. Kat sana, I sempatla berjumpa dengan beberapa kawan dari dunia maya yang selama ni jumpa kat Kapasitor dan kat belog je. Hehehe.. Ada Ucu, Syud, Im, Eme, and a few more yang tak sempat nak beramah mesra. Untuk Jo dan Nia, Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Untuk teman-teman di Kapasitor, semoga kita dapat berjumpa lagi di lain hari. Eceh. Hehehehe..