Pages

Friday, February 26, 2010

Off Day.

Ok, aku dah lama menghilangkan diri daripada dunia maya.. So, ni aku nak bagitau serba sedikit update diri sendiri..

Sekarang macam dah tak tinggal kat Seremban. 22 Februari haritu adalah tarikh aku mula praktikal kat Avillion Port Dickson. Kira sekarang ni aku dah jadi orang PD la pulak kan. Dok kat PD ni memang macam best. Ada pantai, ombak, laut, banana boat, tapi yang tak best nya tu, LINE CELCOM 3G TAKDE OK KAT SINI! Atau dalam bahasa lainnya, AKU TAK BOLEH PAKAI BROADBAND AKU!!! Padahal xdelah ceruk mana pon aku tinggal. Kat PD Perdana Condo Resort je. Situ pon xde line ke? Sakit hati betul. Sudahnya terpaksalah menaiki teksi lalu menuju ke cc. Sedih kan? Kerja hari2 8 jam dan mengikut shift. Kalau nasib baik, dapatla shift 9-5. Kalau xbape baik, dapatla shift 7-3. Kalau lagi xbest, dapatla shift 3-11 mlm. Mujurnya harini aku off. So, dapatla sambut birthday sendiri. Hehehe.
SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE 22 BUAT DIRI SENDIRI.


Act nak upload sekali gambar kek yang housemate aku beli utk sambut besday aku, tapi tibe2 macam lupe plak nk kuarkan daripada handphone. Gambar ni hiasan semata-mata tau.. Ini kan kat cc.. Mane datang ade kabel lak nak cucuk. So kawan-kawan, mintak maafla tak dapat nak membelog sekerap dulu.. Pasni jadi sekerapla belog aku nih. Hahaha..

p/s : utk H, jgn lupe jnji u nk dtg Mac nt ok.. i'll be waiting.. :)


Tuesday, February 9, 2010

Perempuan Cantik.

Suka tengok perempuan cantik? Jika korang lelaki, maka korang memang normal. Tapi kalau korang perempuan....err...normal jugak kot? Lumrah manusia memang sukakan kecantikan, am I right? Hehehe..

"Beauty lies in the eyes of the beholder."


Biasa dengar term ni? Atau dalam bahasa mudahnya, "Kecantikan itu adalah hak milik setiap insan terletak pada mata orang yang memandangnya," Sebagai contoh, si A mungkin kata Britney Spears tu cantik. Pastu si B pulak bangkang. Katanya Christina Aguilera lagi cantik daripada Britney Spears. Semua orang punya pendapat yang berbeza dalam soal kecantikan.


TAPI....


Apa agaknya pendapat korang kalau jumpa :

  1. Perempuan cantik, tapi takde attitude.
  2. Perempuan cantik, tapi mulut macam longkang.
  3. Perempuan cantik, tapi suka amik kesempatan.

Adakah korang akan still label dia sebagai perempuan cantik? Atau persepsi korang dah berubah? Meh kita tengok contoh :


*************************************************************************************

SITUASI 1.

Si C : Ish, mana agaknya Z ni tak sampai-sampai lagi? Janji pukul 11 pagi, sekarang dah nak pukul 1 tengahari.
Si D : Itulah, kerja banyak lagi belum siap ni. Lambat betul minah ni.

Tak lama kemudian, Z datang.

Si Z : Sorry girls, I lambat tadi. Well, you know me. It took me nearly 25 minutes to put on my lens and my fake eyelashes.

*Padahal sebenarnya nak handing over grouping assignment je. Bukan nak pergi memburu lelaki shopping. And to make it worse, it might be like this,*

Si Z : Eh, you all nak template haritu ke? Oh my, I belum siap lagi la. I'm sorry occay? I'll give it to you next time la.

Si C & D : $%^#&*dghj%

*************************************************************************************

SITUASI 2.

Korang tengah tunggu bas. Ada ramai orang yang tunggu bas sekali dengan korang. Tak lama lepas tu, bas pun sampai. Biasalah naik bas kan, bertolak-tolak, berhimpit-himpit segala. Masa tu lah korang ternampak ada seorang brader ni, terlanggar bahu seorang perempuan depan korang. Bila perempuan tu toleh ke belakang, korang pun sempat puji dalam hati, "Cantikla perempuan ni," Brader tu pun cepat-cepat mintak maaf. Sebab dia tak sengaja. Tapi, tiba-tiba perempuan tu tarik muka masam, dan memaki hamun brader yang tak bersalah tu. Keluarlah segala carutan dan makian yang berbagai, sampai korang rasa nak backup je brader tu. Kesian betul tengok muka brader tu dah merah sebab malu kena maki kat public.


*************************************************************************************

SITUASI 3.

L ni cantik orangnya. Semua orang tau yang dia ni begitu bangga dengan kecantikan yang dia miliki. L ada boyfriend, M nama dia. M ni, korang tau memang sayang habis dengan si L ni. Yelah, awek cantik kan. Siapa yang tak sayang? Apa yang L nak, semua dia bagi. Dalam masa yang sama, L rapat dengan seorang pegawai atasan tempat dia belajar. En Q ni tau yang L ni ada bf, tapi dia tetap tega mengajak L dinner, lunch, supper, pergi tengok wayang etc. Yang L ni pun layankan je. Dia tak pernah tolak ajakan En Q, tapi dia tau yang M sebenarnya cemburu dengan tindakan dia tu, tapi dia buat dek je. Punyalah En Q ni tangkap cintan sama itu L, sampaikan L gi kelas dia jemput, assignment jangan cakapla, full marks sentiasa. Padahal korang tau assignment L tu standard tangkap muat je. Korang berhempas pulas study nak exam, dia relax je. Tapi bila result keluar, lebih kurang sama je keputusan dia dengan korang yang tak cukup tidur nak study. Lagi korang panas bila dia bakar line, "Alalala, kesian ek korang penat je study. Tengok macam aku, tak study pon boleh dapat result best," dan senyum sinis.

************************************************************************************

Apa agaknya persepsi korang lepas tu?


Tuesday, February 2, 2010

Tag dari Syud!!

Sudah sekian lama hiatus lalu I'm back!!!! Hehehe.. Tiba-tiba macam agak sibuk seminggu dua ni. Plus ada masalah sikit dengan laptop ni, tak sempat2 nak update.. Disebabkan Syud da mengetag diri ini, sebagai blogger yang prihatin maka mari kita buat tag.. Yeay! (eh?)

Ini adalah peraturannya.. Dah kena tag? Maka sila tulis 25 FAKTA / INFO tentang diri sendiri. Kemudian, tag kawan-kawan kamu seramai 10 orang untuk buat menda yang sama.

  1. Nickname aszni asalnya adalah gabungan nama aku sendiri. Yelah, nama aku kan panjang berjela. Err, Asmaul husNi. Z tu cume additional je. Somehow Z tu nampak macam kool.
  2. I think I love purple. Tapi masalahnya sekarang, banyak barang2 aku yang berwarna coklat berbanding purple.. Camana? Tak perasan bila masa ada banyak benda yang berwarne coklat.
  3. I'm a left-handed person. Selalu orang left-handed ni dikaitkan dengan pemikiran yang kreatif dan juga bakat melukis. But believe me, I can't do either. *sigh* Pegang sudu pun kat tangan kiri tau?
  4. Suka air. Tak kisahla air kolam ke, tasik ke, sungai ke, laut ke. Pantang nampak air rasa nak terjun masa tu jugak! Masa kecik2 dulu abah rajin bawak aku dengan adik aku gi Teluk Batik teman dia jogging. Macam biasalah, abah jogging, aku dengan adik aku berendam dengan air laut daripada pukul 7 pagi, sampai pukul 10 pagi.
  5. Walaupun macam tu, aku tak pandai pon berenang. Ye, anak seorang tentera laut tak pandai berenang? Tapi aku boleh float and hold my breath underwater dgn jayanya. So, itu dikira satu pencapaian la kan? Hehehehe..
  6. Suka aktiviti outdoors. Pernah buat firefox flyingfox, retailing, abseiling, paintball, berakit, kayak, and I'm dying to try scuba diving and snorkeling. Sekarang ni aku dengar ada orang tu nak try go kart. Tu pon cambest gak. Hehehe..
  7. Perempuan selalu dikaitkan dengan coklat, ice-cream, sweets, candy, whatsoever. But I'm not into those things. Bukanla kata benci, cuma tak selalu makan je. Dulu pernah dapat Cadbury yang paling besar masa kat Teknik. Huh, seminggu makan tak habis-habis. Cuba try bagi kat dia ni, atau dia ni. Sekejap je dah abes.
  8. Aku suka membaca. Majalah, novel, cerpen, dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Sekarang tengah ralit mengumpul novel grafik.Tapi pon dah lame xde collection yang baru.. Huhu..
  9. Suka sangat tengok anime Bleach, which is my favourite now. Bercita-cita nak tengok One Piece, tapi tak sanggup nak start daripada Eps 1 sebab sekarang kalau tak silap dah sampai Eps 300++..
  10. Suka tengok JDorama. Tak minat sangat KDorama. Kenapa? Sebab rasanya Korean macam susah nak imitate berbanding Japanese. Hehehe..
  11. Ada parut berbentuk Nike kat bawah kening sebelah kanan. Kesan daripada cakaran kucing. Dulu suka sangat kat kucing. Pantang nampak kucing, puasla dok mengejar kucing tu sebab nak pegang. Bila dah dapat pegang, kucing tu meronta-ronta dan....! Inilah hasilnya. :P
  12. Sangat suka muzik. Frankly speaking, lebih banyak mendengar English song rather than Malay song. Sebab? Xde sebab. So, kalau travel ke mana-mana, EARPIECE adalah sangat disayangi-lalu-dibawa-kemana-saja.
  13. Suka berjalan, dan sebab bila berjalan macam dapat release sedikit tension.
  14. Tak suka menunggu. Tapi lebih baik menunggu daripada ditunggu kan? Walau macamana pon, tetap tak suka menunggu. Lebih-lebih lagi jika yang ditunggu itu sedang MELECEH! Ergghh!!
  15. Tak suka serangga. Lebih-lebih lagi yang bersayap dan boleh terbang. Sanggup tak masuk dalam bilik kalau ternampak lipas. Ada pengalaman pahit dengan para serangga. Ouh, also dengan katak. Rumah lama dulu ada banyak katak, so memang menjerit-jeritlah mintak housemate yang baik budi pekerti tolong halaukan keluar.
  16. Tak suka bau Lavender. Anything in Lavender, tak pernah berkenan. Walaupun Lavender itu berwarna PURPLE, tapi tak suka bau dia. Huhuhu..
  17. Disebabkan aku ni anak sulung, so memang terang dan benderang sikap garang tu ada. Adik-adik aku pun semua dah sedia maklum. Akak dia yang ni memang garang kat rumah. Nak buat camana, dah korang tu degil.
  18. Aku tak pernah pergi tengok wayang, sehingga umur GENAP 21 tahun. And the 1st movie I watched was Geng : Pengembaraan Bermula.
  19. Orang yang baru nak kenal dengan aku akan ada anggapan yang aku ni act sombong orangnya. Bila dah kenal, dah baik baru diorang tau macamana aku sebenarnya. Pengalaman lalu mengajar aku untuk lebih berhati-hati dalam persahabatan.
  20. Tak boleh keluar rumah tanpa wallet. Tanpa handphone boleh lagi, tapi tanpa wallet is no no no! Sanggup patah balik.
  21. Dalam handbag aku biasanya ada wallet, handphone, tisu, perfume, kipas tangan, clorets, 1 pen hitam, earpiece, coins, compact powder (optional), lipbalm.
  22. Dulu masa tinggal kat Muar ada Ombak, sekarang dah tinggal kat Seremban, Ombak terpaksa ditinggalkan di Segamat. Rindunya kat Ombak, that's why tak banyak berjalan. Huhuhu.. Naikla public transport kalau nak ke mana-mana.
  23. Ambik lesen kereta tahun 2006, dah lulus, lesen tu buat hiasan dalam wallet selama setahun. Dah setahun baru nak pegang stereng. Hehehe..
  24. Ada impian nak memiliki sejenis HONDA JAZZ. Tapi macam tak mampu, lalu menyimpan impian spare nak VIVA ELITE.
  25. Tahun ni, nak kerja cepat-cepat. Nanti nak simpan duit nak kahwin beli kereta! :D

Orang yang diTAG adalah :

1 - Kinkin
2 - CZ
3 - Myra
4 - Ridh
5 - Anom
6 - Rere
7 - Haidah
8 - Lokman
9 - Whoever read this post, automatically YOU ARE TAGGED!