Pages

Thursday, November 11, 2010

BALIK KAMPUNG.

Perancangan nak balik kampung dengan aman tetiba jadi macam huru-hara..Elok-elok planning nak keluar sharp pukul 3 petang, jadi pukul 3:30 petang. Sampai rumah, packing a few things, bla bla bla dah pukul 4:00. Then, grab handbag and went out through the door dengan jayanya. Sampai bustand PD, nak call member tanya dia kat mana. So, bukak handbag dan cari handphone. 


'Ish, banyak sangat mende aku campak dalam ni. Mana dia?'

'Rasa macam unusually ringan plak handbag ni, kenapa ek?'


Untuk melegakan perasaan yang macam dah cuak campur + tak-tau-ape-nak-describe, aku duduk dan cari dengan mata berbanding tadi yang main raba je.


1 kali cari, takde.

2 kali tengok, takde.

3 kali selongkar, confirm TAKDE!


OMG! Sedang tertinggal handphone kat rumah? Tengok jam, dah pukul 4:30 ptg. Bas daripada Seremban ke Segamat pukul 6:30 ptg. Nak patah balik, macam tak sempat. Tak berani nak amek risiko. Karang buatnya terlepas bas ke Segamat, tak pasal-pasal aku kena naik train pukul 12:30 pagi. Tak sanggup aku wehhh..


Since bas ke Seremban dah nak jalan, selamat tinggal handphone. I'm gonna miss you. Dem! Aku pon xperasan camana boleh tertinggal. Ish, tak pernah-pernah tertinggal handphone. 


Sekarang, berada di Segamat sehingga Ahad tanpa handphone. Yang kelakarnya tu, handsfree dgn charger siap dah dalam beg. Handphone lak tertinggal. Haih. So, buat kawan-kawan, sila hubungi saya di nombor mak saya ye.