Pages

Monday, April 2, 2012

TANGGUNG & JAWAB

Hidup di dunia ini sebagai manusia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai manusia, sebagai anak, pelajar, dan pekerja dengan izin Allah. Tanpa izin-Nya, siapalah kita sebagai hamba-Nya yang lemah.

Tapi, nak cari orang yang betul-betul boleh tanggung & jawab segala permasalahan ni susah. Ibarat mencari jarum dalam timbunan padi. Yang banyaknya orang yang melepaskan batuk di tangga. Atau melepas tengkuk sendiri. Aku sendiri naik hairan. Agak mereka ni takde rasa bersalah ke kat orang lain? Kalau nak yang versi cerekarama; siap kipas orang atasan. Hah, ini yang paling tak boleh blah.

Aku percaya, setiap tugas atau kerja yang diberikan adalah amanah. Sejauh mana kita bertanggungjawab atas amanah yang diberikan, itu semua adalah atas diri sendiri. Either we are capable to get the job done, or leave it undone. Kalau MC sakit, itu acceptable. Whether you went to panel clinic, or Poliklinik, as long as you are REALLY sick, nobody bother. Macamla tak boleh differentiate orang yang sakit, dengan buat-buat sakit kan? Bukanlah absent semata mahu ke PC Fair. 

Entahla. Malas kan nak cakap dengan orang yang tak punya sense of humor responsibility. They never take things seriously. Agaknya rasa macam makan gaji buta tu best sangat la kot. Takpela, esok-esok kang, pandai tanggung, pandaila jawab. Tak gitu?