Pages

Sunday, October 7, 2012

SABAR; I.

Sabar. Sesuatu yang sangat sukar untuk dicapai sesetengah orang. Sebab itulah dalam Islam, sabar itu merupakan sesuatu yang sangat dituntut. Bahkan dikatakan bahawa sabar itu adalah sebahagian daripada iman. Wallahualam.

Bila berdepan dengan orang tua, tak dapat dinafikan sesekali siling kesabaran bagaikan mahu runtuh diasak perasaan marah, geram sakit hati dan sebagainya. Namun berbaloikah? Ditambah pula dengan hakikat bahawa itu adalah emak/bapa mentua kita?

Aku tak nafikan once kita dah berkahwin dengan seseorang, secara automatik kita pun berkahwin dengan keluarga mereka. Getting together doesn't sound as easy as ABC. Just imagine if you have to stay under one roof together with your-in-laws. Some might think it was quite economical if you didn't own your own house yet. But does it worth? You have to sacrifice a few things altogether with your economical state.

1. You won't have your own privacy. 
Jangan mimpila kan nak main aci kejar dalam rumah, nak menyanyi-nyanyi sambil masak, nak pakai seksi-seksi untuk husband kalau bukak pintu bilik je dah nampak mak/ayah mentua lalu-lalang kat dalam rumah. Nak kena jaga tatasusila, aurat lagi dengan ipar-duai dalam rumah. Tak selesa kot.

2. Cannot be a lazy bum. 
Akan ada orang yang mungkin perli-perli, cakap makan dalam bila tiba-tiba hari tu anda bangun lewat; atau masak tak sedap; atau tak kemas rumah; atau tak menolong di dapur. Selama ni duduk rumah sendiri mak kita memang takdela nak sound makan dalam punye, tapi mak mentua? Takkan sama macam mak sendiri.

3. Save your expenses.
Tak perlu keluar duit untuk sewa rumah, bil api, bil air, Astro, or whatever things happen to be in your house. Maybe kena keluar sikit untuk dapur jela kot. Depends. Kalau dapat mentua yang jenis tak kisah, lagila untung!

4. Favourite In-Law.
Once dah jadi favourite menantu, memang syiok! Semua pon indah je. Hahaha.. Nak makan itu, dapat. Nak makan ini, dapat. Tapi itulah, kalau kahwin dengan adik ipar semua perempuan pon nasiblah. Kena compare pulak kan. Lagi hampeh kalau MIL actually tak berapa berkenan kat kita. Haaaa, jadila macam ala-ala cerita Ibu Mertuaku tu ha. Ish ish ish.

Honestly, mak aku pernah pesan kalau aku kahwin esok-esok, jangan duduk satu rumah dengan MIL. Banyak yang susah daripada yang senangnya. Biarlah kita bersusah-susah janji tak menyusahkan. Tak kiralah rumah mak aku, atau mak dia. Sama je. Tak dapat banglo bertingkat-tingkat, apartment mewah, ruamah teres biasa pun bersyukurlah. Biar belajar hidup berdikari. Sampai bila nak bergantung dengan family kan?


Hint :: Serial. TBC.