Pages

Friday, November 22, 2013

RASA


Senyum tawar tanpa perasa, 
Nyata bikin gundah gulana, 
Wajah pudar tanpa cahaya, 
Buat hati tertanya - tanya. 

Tangan untuk kamu sambut, 
Bahu untuk kamu sandar, 
Tak bisa hilangkan serabut, 
Atau menelan rasa hambar.

Katakan padaku cinta, 
Ceritalah padaku sayang, 
Supaya hatiku tidak derita, 
Mengintai kamu dalam bayang. 

Hati ini merindu,
Gurau senda kamu.




Wednesday, November 13, 2013

LEISURE & PLEASURE.

Dah lama takde update. Sekarang kat kampung halaman. Spending my time. Lama gak rasanya takde cuti panjang gini. Balik pun sebab family buat kenduri doa selamat Sabtu lepas. Meriah tak meriah, ada macam - macam lauk kitorang served. Ada ayam goreng rempah, sup tulang, rojak salad Malaysia, labu masak lemak, rendang daging maman, ikan geli goreng sambal, kerabu mangga, pulut durian. Amacam, meriah tak? Rugila korang tak datang. Hahaha..

Ahad aku keluar dengan adik - adik aku. Tengok movie, Thor. Since I've watched Avengers, of course I'll look forward to watch this one. Even though si Fateha insist nak tengok Carrie, aku refuse. Nasib aku baik sebab Carrie punye showtime lewat. Thorbaeekkk!!!




 










Then Isnin lagi jauh kitorang jalan. Aku bawak mak aku, dengan adik - adik aku gi KL. Where to? IKEA Damansara! Ohhhooiiii...macam nak maut sesat bhai. Seriously 2 hours dalam kereta dok pusing. Harapkan GPS, macam tak sampai - sampai lak. Padahal kitorang sampai KL awal kot. Dalam pukul 10 lebih camtu. Jumpa IKEA dah tengahari. Apa lagi, semua excitedla nak try meatballs kat IKEA tu. Tengah syok dok ronda - ronda dalam tu, boleh pulak terserempak dengan makcik aku yang duduk Setapak. Bukan main meriah kitorang jadinya. Sampai berturut ke rumah dia. Dah makan, lepak baru la gerak pergi Cheras hantar Fateha balik. Sudahnya sampai rumah pukul 1200 pagi macamtu. Penat bukan apa. Sebab dok sesat dalam bandar KL tu. Beli barang bukan banyak mana pun. Saja seronok berjalan je.

Okeyla. Till next time then. Babai.












Thursday, July 25, 2013

PANTUN KASEH SAYANG.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan, 
Puas sudah hati merindu,
Pada tuan empunya badan.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi, 
Sekali hati jatuh sayang,
Terus kekal dalam hati.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Walau dipisah dengan jarak,
Tuan sentiasa dalam ingatan.

Nasi lemak buah bidara, 
Sayang selasih saya lurutkan,
Bukan harta saya bicara,
Tapi kasih buat tertawan.

Pergi memetik daun selasih,
Tak lupa bunga kenanga,
Doaku buatmu kekasih,
Semoga kita kekal bersama.


Monday, July 15, 2013

KESAYANGAN.

Penyeri hidup sekeluarga,
Kecintaan teman dan rakan,
Kamu adalah kesayangan.


Walau kita berjauhan,
Namun ikatan tetap bertahan,
Kita kan kawan?


Gurauanmu sentiasa di ingatan,
Memori bersama takkan pernah dilupakan,
Kekal selama hayat dikandung badan.


Pergi kamu tanpa pesan,
Sebak tangis terpaksa ku tahan,
Semoga roh kamu aman,
Di kalangan orang yang beriman. 



*Taken from her FB since we don't have any pic together. :(


Specially dedicated to my best friend I've known ever.
Siti Maryam, you are always in my memory, and I'm gonna miss u.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat, dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman.
Al- Fatihah.


"Daripada-Nya kita datang,
 Kepada-Nya kita kembali,"


Thursday, June 27, 2013

CLASS, ANYONE?

Honestly, what do you think when you've heard someone older (definitely seriously older) than you decided to further their study? Yeah, I mean when they decided to went for college, take any diploma course, or maybe degree. What would you say?

I definitely would be happy for them, and encouraging them to do the best for their study. Hey, it's not easy to start attending classes after a few years right? Trust me, I know. Hahaha..

Apa yang buat aku pelik, bila aku dengar orang cakap menda yang pelik - pelik. Well, bila aku cakap pelik, it sound so pelik itself.


"Ish, mengarut betulla. Dah tua - tua pun nak sambung belajar lagi?"


"Nak sambung belajar? Nak buat apa? Buat habiskan duit je kot,"


"Kerja pun tak tentu hala, ada hati nak sambung belajar. Boleh ke?"


Like, seriously? I mean, are you serious? Of course itu yang keluar kat kepala aku lepas dengar orang cakap macam tu. Kau ni mesti tak pernah baca buku kan? Atau mungkin masa sekolah dulu setiap kali kelas Agama kau ponteng. Rasulullah SAW pun menggalakkan umatnya menuntut ilmu sehingga ke Negeri China. (Correct me if I'm wrong). Tak kisahla umur berapa pun. Takkan itu pun tak tau?

Pada aku, kita tak tau bagaimana, kenapa atau apa sebenarnya perjalanan hidup seseorang itu. Siapa tahu dulu Gayah (bukan nama sebenar) terpaksa mengorbankan peluangnya ke universiti untuk bagi laluan adik - adik dia seramai 6 orang (exxaggerate) menghabiskan sekolah mereka?

Atau Pamela yang terpaksa bekerja keras demi menyara emakya yang sakit terlantar, dia terpaksa melupakan  hasratnya untuk pergi ke luar negara sebab takde orang nak jaga emak dia?

Ye, mungkin aku terlalu banyak menonton drama swasta. Tapi tahukah anda bahawa most the stories are based on the true story? Or reflexes most of the reality around us?

Peluang mungkin datang sekali. Tapi siapa tahu rezeki yang Tuhan nak bagi? Sebagai seorang yang masih muda, aku sangat bangga andai ada makcik - makcik aku nak sambung belajar. You should be proud of yourself. And I'm proud of you.

Ingat senang ke nak bukak buku balik selepas tinggalkan alam persekolahan bertahun-tahun? Kita yang muda ni patut rasa malu kalau ada niat nak mencemuh orang. Tapi entahla. Agaknya dah sinonim dengan darah daging kot. Tak boleh nak tengok orang lain lebih sikit, datangla penyakit PHD tu. Bukan doktor falsafah okey, tapi Penyakit Hasad Dengki.

Untungla kalau dapat sambung belajar. Ada ramai yang punya impian yang sama tapi tak dapat dicapai dek kerana kekangan masing - masing. It could be time, or money, or family or whatever. Who knows?

For anyone who are considering to further your study, you should be proud of yourself. Not everyone can do it, and may you have brighter future for that. For anyone who talks bad about you, just let them be. One day, they will regret for what they had said to you.


Thursday, February 28, 2013

TWENTYFIVE.

Yes, as the caption you can see up there. I'm turning to 25 this year and I'm proud of it. Any objection? Won't listen to any though. Grin.

As the times goes by, feels like so many things I wanted to do but I'm not capable to do so yet. Well, bukanlah maksudnya aku tidak cukup umur (did I mention I'm 25 this year?) atau tidak cukup matang. Cuma mungkin kadang-kadang aku menjadi ignorant kepada kehendak  diri sendiri. Ah, selalunya memang macam tu. Simpan duit kemain nak beli itu, nak beli ini. Dan cukup, tiba-tiba macam sayang nak pakai. Sudahnya duit tu ke lain. Hahaha.

25 dan masih single adalah taboo bagi masyarakat Melayu actually. Not to mention who or who, but you know exactly what I mean. Pergi ke sana dan ke sini, tak sah kalau takde orang tanya bila nak menamatkan zaman single. Tak kisahla soalan ditanya secara direct or indirect, joking or sarcastic. Tapi soalan tu memang  adalah menjengkelkan. Lagi-lagi bila berkunjung rumah saudara-mara, there's cousins around your age yang semua dah dok sibuk jaga anak.

"Dok sibuk pegang anak orang je, bila Mak Yang nak tengok kamu punya pulak?"

"Kerja, kereta, semua dah ada. Tunggu apa lagi?"

"Kahwinla cepat, nanti dah tua takde orang berkenan,"


Selagi tak jawab, skema soalan boleh menjurus kepada yang lebih dahsyat. Kalau aku jawab, skema jawapan aku nanti bakal menumpahkan darah airmata pulak. Ceh.

Jodoh itukan rahsia Yang Maha Esa. Dia yang mengatur sebaik-baik perjalanan hidup kita sebagai hamba-Nya dan siapalah kita untuk menidakkan Qada' & Qadar yang telah tertulis? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala rahsia baik di langit, atau di bumi, atau yang berada di antara kedua-duanya. Aku cuma perlu bersyukur di atas segala rahmat-Nya, dan berdoa.

My life isn't perfect. And I'm not looking for a perfectionist either. I still have so many things to prove to myself, and to my parents also. If he can be with me through up and down, maybe there's a place for him somewhere here in my heart. Okay, now I'd sound mellow myself. Ppffftttt.

Well now. As I become older, I'd wish to be more mature and I can control my subconscious mind more. To save more money wisely, of course! Tell you one secret, I'm looking for a car. Hope everything goes smoothly. Oh, for all friends and family who had wished my birthday, thank you. Ingatan anda menbuatkan saya rasa diingati dan disayangi. Semoga kamu semua dilimpahi rahmat daripada-Nya.




Untuk kamu, ye kamu yang sedang membaca tu. Happy birthday dear. Even I'll might be the last person wish you, but I want you to know that you are always on my mind. May you have more and more years to celebrate. :)



Wednesday, February 20, 2013

UNTITLED II

Bila saya senyum,
Tangisan di dalam hati membunuh sedikit kemanisan.

Bila saya ketawa,
Retak hati ini membelah jiwa.

Bila saya diam,
Otak saya berfikir,
Ligat.

Cuma,
Orang tak tahu,
Dan tak perlu tahu.

Secret,
Should be remain as one.
Maybe,
Until one fine day. 



Thursday, January 24, 2013

HI 2013.

It was quite late actually.
To be precise, it's Jan 24 and I'm a bit late to wish a Happy New Year to all.
Did I? Or no?

Well, last 2012 was quite a drama.
As you can read, there's a LOT of emotion through the years.
And there's more inside than what you can see.

I can't say I'm having a good year, but it didn't turn out to be half bad too.
How to say?
I was glad, and happy for what God has planned for me.
Allah surely know better, and I know I need to be thankful for the gift.

Honestly, I still couldn't achieve the dream I had for last year.
But surely this year, will work hard for it.
Because there's already staicases for me to climb up.
Just a little bit of patient, more hard-working, tawakal and doa,
Surely the result will be more than I've expected.
In sha allah.


To myself,
With love.


Friday, January 11, 2013

Untuk Si Kecil.


Hadirmu dinanti sekian lama,
Walau terletak diantara,
Nyata kamu punya,
Tempat luar biasa. 

Haykal nama diberi,
Bagaikan permata hati,
Sejuk menjadi penyeri,
Walau bukan milik diri ini.

Menjadi tanda tanya,
Bila kan berjumpa,
Mungkin esok atau lusa, 
Untuk bersua muka.

Kamu adalah misteri,
Dalam hati ini. 



Happy 1st Birthday Baby,
May you will have more and more birthday to come.
Love and kisses,
xxx.