Pages

Thursday, November 11, 2010

BALIK KAMPUNG.

Perancangan nak balik kampung dengan aman tetiba jadi macam huru-hara..Elok-elok planning nak keluar sharp pukul 3 petang, jadi pukul 3:30 petang. Sampai rumah, packing a few things, bla bla bla dah pukul 4:00. Then, grab handbag and went out through the door dengan jayanya. Sampai bustand PD, nak call member tanya dia kat mana. So, bukak handbag dan cari handphone. 


'Ish, banyak sangat mende aku campak dalam ni. Mana dia?'

'Rasa macam unusually ringan plak handbag ni, kenapa ek?'


Untuk melegakan perasaan yang macam dah cuak campur + tak-tau-ape-nak-describe, aku duduk dan cari dengan mata berbanding tadi yang main raba je.


1 kali cari, takde.

2 kali tengok, takde.

3 kali selongkar, confirm TAKDE!


OMG! Sedang tertinggal handphone kat rumah? Tengok jam, dah pukul 4:30 ptg. Bas daripada Seremban ke Segamat pukul 6:30 ptg. Nak patah balik, macam tak sempat. Tak berani nak amek risiko. Karang buatnya terlepas bas ke Segamat, tak pasal-pasal aku kena naik train pukul 12:30 pagi. Tak sanggup aku wehhh..


Since bas ke Seremban dah nak jalan, selamat tinggal handphone. I'm gonna miss you. Dem! Aku pon xperasan camana boleh tertinggal. Ish, tak pernah-pernah tertinggal handphone. 


Sekarang, berada di Segamat sehingga Ahad tanpa handphone. Yang kelakarnya tu, handsfree dgn charger siap dah dalam beg. Handphone lak tertinggal. Haih. So, buat kawan-kawan, sila hubungi saya di nombor mak saya ye. 



Tuesday, August 17, 2010

Untuk Semua Yang Dirindui..

Hai hai hai semua orang... ( Ade lagi ke yang dok jenguk belog nih?)

Rasa macam dah lama gile tak taip ape2 kat sini.. Aku rindu nak belayar di dunia maya tapi apakan daya.. Sejak-sejak duduk Port Dickson ni, hubungan dengan dunia maya macam dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Sedih kan? Aku lagi sedih. Modem kat Kota Tinggi, Lappy kat Segamat, BFF kt Segamat & JB, BF kt Muar. Tinggal JJK je teman aku kat sini.. Nasib baik ada JJK. Time kaseh kat abah yang sanggup hantar dengan Hilux itu hari. I love you Abah. Hehehe..

So aku cite yang mane sempat jela eh.. Bila dah berkecimpung dalam bidang perhotelan ni biasalah.. Masalah no 1 adalah CUTI. Aku cuma berdoa semoga tahun ni aku dapat beraya kat Segamat. Dah dekat 3 bulan tak balik kampung. I miss my family and my hometown.. Tambah-tambah ni bila dah mula puasa. Seriously hampir setiap petang sebelum atau selepas buka aku mesti tepon ibu atau abah.. Haih.. Sedihnya rasa hati ni..

Untuk kawan-kawan yang merindui, aku masih lagi ada di sini.. Tapi xde mase la nak ke CC.. Kalau ada apa-apa, sila contact di no handphone..

Untuk kawan-kawan di dunia siber, terima kasih kerana masih berkunjung. (ade ke lagi?) I bz tapi I nak cakap jugak yg I miss you all..

Akhir kata, Selamat Berpuasa dan Selamat Menambah Amal..














Friday, April 16, 2010

MENYAMPAH KE JEALOUS?


Perempuan tu memang tak dinafikan ada rupa, tapi rupa cantik perangai cam *&^%$ buat apa betul tak? Bila baca pos kinkin pasal hubungan terlarang ni, tiba-tiba rasa macam nak post belog juge.

Let's name her Z. Aku tak taula kalau semua perangai perempuan cantik ni same ke tak. Kat tempat kerja aku, ada macam-macam jenis lelaki. Yang kahwin muda, yang dah tua, yang bini pon keje satu bumbung, semua ada. Aku pendekkan cerita, sebab si Z ni cantik, maka ramaila jantan-jantan atau lelaki-lelaki yang nak dekat dengan dia. Yang aku tak boleh belah tu, semua yang mengendeng-ngendeng tu dah kahwin. Plus wife diorang yang cantik tu pun kerja kat satu tempat yang sama. Cuma lain department je. Kitorang ada nasihat kat si Z ni janganla dok melayan, susah kalau jadi ape-ape nanti, but still nothing happened. Bayangkanlah kalau bini-bini diorang datang menyerang?

Kita ada pilihan untuk ignore segala message dan call daripada lelaki-lelaki macam tu, betul tak? Kau dah tau apa kemungkinan dan keburukan yang bakal kau dapat kalau kau berterusan melayan diorang. Then kenapa masih teruskan? Aku nak tanya korang, hebat sangat ke kalau kawan dengan suami orang? Bapak orang? Kalau bf kau mengusyar perempuan lain, kau reti pulak nak melenting memaki hamun segala.. Tapi kau buat boleh? Sebab kau cantik, maka kau rasa kau patut layan selagi market masih tinggi? Bila kau ada masalah kat tempat kerja, tak dapat datang kerja, mengadu kat laki orang supaya kau boleh terlepas daripada tindakan tatatertib? Eh, bukan sorang jela yang supervise kau kat situ. Kalau laki orang tu lepaskan salah kau, orang lain mungkin takkan tutup mata. Apa, kau igt kau cantik kau boleh amik kesempatan ke atas semua orang ke? Bila orang tegur, nasihat untuk kebaikan kau, kau buat muka, tak bertegur segala? Ish, xpaham aku orang macamni.

Aku tak peduli kalau korang nak cakap aku jealous sebab aku tak cantik macam dia, atau tak dapat perhatian banyak macam dia. Aku tak peduli. Sebab aku menyampah tengok attitude orang macam dia. Tak kuasa aku nak jealous segala bagai. Aku bersyukur atas apa yang aku ada dan aku tak perlu nak cemburu atas sebab dia lagi cantik. Yang aku kesalkan ialah attitude dia. Aku sendiri ada kawan-kawan yang cantik rupa, tapi diorang takde pulak perangai seburuk si Z ni.

Ok, post ni macam agak emo tapi lantaklah. Kalau rasa baca dan menyampah, anda boleh klik button pangkah kt atas tu. Sebab aku memang tengah emo sekarang. Atas sebab dasar menegur, korang nak mengisland kan aku. Tapi xpe, aku tak kesah pon. Sebab aku masih boleh hidup walaupun sendiri. Apa nak heran? Esok-esok kau mati dalam kubur pun sorang gak kan? Plus, bukan korang yang bagi aku duit untuk hidup tiap-tiap bulan. Esok-esok korang susah pun muka siapa yang korang cari? Lu pikir la sendiri beb!

Tuesday, April 6, 2010

I.M.I.S.S.E.D.Y.O.U.


1. Saya rindukan broadband saya.
2. Saya rindukan masa berbelog.
3. Saya rindukan zaman sekolah saya.
4. Saya rindukan BFF saya.
5. Saya rindukan DIA.
6. Saya rindukan kampung halaman.
7. Saya rindukan family saya juga.