Pages

Saturday, January 4, 2014

JOURNEY OF YOUR OWN.


For the road had been known are bumpy,
Or the road that end hasn't been seen, 
Are you wise enough or lucky,
To choose between those scene.

Will you end up crying,
Or maybe forever smiling,
For all the tiring,
Emotional damage they bring.

Stay strong forever long,
As you might never known,
What life will bring along,
The journey of your own.


*credit : Mr Google.

Friday, November 22, 2013

RASA


Senyum tawar tanpa perasa, 
Nyata bikin gundah gulana, 
Wajah pudar tanpa cahaya, 
Buat hati tertanya - tanya. 

Tangan untuk kamu sambut, 
Bahu untuk kamu sandar, 
Tak bisa hilangkan serabut, 
Atau menelan rasa hambar.

Katakan padaku cinta, 
Ceritalah padaku sayang, 
Supaya hatiku tidak derita, 
Mengintai kamu dalam bayang. 

Hati ini merindu,
Gurau senda kamu.




Wednesday, November 13, 2013

LEISURE & PLEASURE.

Dah lama takde update. Sekarang kat kampung halaman. Spending my time. Lama gak rasanya takde cuti panjang gini. Balik pun sebab family buat kenduri doa selamat Sabtu lepas. Meriah tak meriah, ada macam - macam lauk kitorang served. Ada ayam goreng rempah, sup tulang, rojak salad Malaysia, labu masak lemak, rendang daging maman, ikan geli goreng sambal, kerabu mangga, pulut durian. Amacam, meriah tak? Rugila korang tak datang. Hahaha..

Ahad aku keluar dengan adik - adik aku. Tengok movie, Thor. Since I've watched Avengers, of course I'll look forward to watch this one. Even though si Fateha insist nak tengok Carrie, aku refuse. Nasib aku baik sebab Carrie punye showtime lewat. Thorbaeekkk!!!




 










Then Isnin lagi jauh kitorang jalan. Aku bawak mak aku, dengan adik - adik aku gi KL. Where to? IKEA Damansara! Ohhhooiiii...macam nak maut sesat bhai. Seriously 2 hours dalam kereta dok pusing. Harapkan GPS, macam tak sampai - sampai lak. Padahal kitorang sampai KL awal kot. Dalam pukul 10 lebih camtu. Jumpa IKEA dah tengahari. Apa lagi, semua excitedla nak try meatballs kat IKEA tu. Tengah syok dok ronda - ronda dalam tu, boleh pulak terserempak dengan makcik aku yang duduk Setapak. Bukan main meriah kitorang jadinya. Sampai berturut ke rumah dia. Dah makan, lepak baru la gerak pergi Cheras hantar Fateha balik. Sudahnya sampai rumah pukul 1200 pagi macamtu. Penat bukan apa. Sebab dok sesat dalam bandar KL tu. Beli barang bukan banyak mana pun. Saja seronok berjalan je.

Okeyla. Till next time then. Babai.












Thursday, July 25, 2013

PANTUN KASEH SAYANG.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan, 
Puas sudah hati merindu,
Pada tuan empunya badan.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi, 
Sekali hati jatuh sayang,
Terus kekal dalam hati.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Walau dipisah dengan jarak,
Tuan sentiasa dalam ingatan.

Nasi lemak buah bidara, 
Sayang selasih saya lurutkan,
Bukan harta saya bicara,
Tapi kasih buat tertawan.

Pergi memetik daun selasih,
Tak lupa bunga kenanga,
Doaku buatmu kekasih,
Semoga kita kekal bersama.