Last weekend aritu aku dapat undangan ke Terengganu. Ke wedding abang angkat aku yang dah 10 tahun kot tak jumpa. Aku pergi gak walaupun macam2 jadi sementara nak sampai. Gerak hari Jumaat, tiket pukul 8.30 malam. Sabtu esoknya kenduri sambut menantu sebelah abang aku. Tau aku sampai Kuala Terengganu pukul berapa? 6.15 pagi ye. SEPANJANG MALAM DALAM BAS! Adik abang aku, Angah datang amik dalam pukul 6.30 pagi. Dia ketawakan je aku yang merungut-rungut duduk dalam bas lama-lama.
Sampai umah abang aku, sarapan, pastu rehat sekejap. Pukul 10.30 kitorang dah bersiap2 nak ke dewan majlis. Abang aku buat majlis kat dewan je, senang tetamu nak datang. Tema kaler pink, tp aku dengan housemate aku pergi tibai bawak baju kaler biru. Kohkoh.. Mana aku nak tau? Abang aku tak cakap ape2 pon. Angah pon gelakkan kitorang. Hampeh betul. Hari Ahad lagi best. Bajet nak balik pagi. Angah pukul 8.30 pagi lagi dah pergi Stesen Bas Kuala Terengganu tnya tiket nak balik Seremban. Tau tiket ada pukul berapa? 9.00 pagi dan pukul 9.30 malam. Aku dah terkebil-kebil masa Angah call. Takde pilihan. Terpaksalah amik tiket pukul 9.30 malam.
Sebelum balik, tau apa abang aku pesan? "Nanti kahwin jangan lupa jemput abang, Insya allah abang datang," aku gelak je dengar. Kahwin? No komen la.. Malam tu Angah hantar kitorang pergi bustand, sebab abang aku tak dapat hantar. Dia tunggu sampai bas tu bergerak, siap lambai2 tangan lagi! Rasa macam kelakar pulak bila Angah tunggu aku sampai bas jalan. Yelah, aku kan anak sulung. Macamni rupanya rasa ada abang ek? Hehehe..
Oh, ye, silelah menjamu mata dengan gambar2 yang tak seberapa ni. Untuk Along, Selamat Pengantin Baru. Hehehehe.. Untuk Angah, bila lagi?
6 comments:
ala comelnya ada abang angkat macam tu. kinda close. mana kenal? (korek2) :P
huhuhuu...
comel la bju pengantin pompuan..
klu mcm ni,aku nk berangan2 pkai bju pengantin gk ni....
(senyum-senyum)
tatahan rumah dia ada sawaahhhh!! hehe..
sayang kita tak dapat jumpa kan? sob sob.. hiks
syud :: kenal mase masih kanak2 ribena lagi..masa masih duduk perak..
cz :: hahahaha..sile2..
kinkin :: best kan ade sawah?nt kau kawen tanam arr...hahahaha..
amboi huhuhu.....
entah la.. bro jarg pandang perempuan yang lawa... lawa tue ape ek?? kalau lawa semulajadi xpe la
jgn dok tempek2 je
BroFramestone Blog
setuju sangat dgn bro...
yg penting inner beauty kan?
:)
Post a Comment