Ini adalah peraturannya.. Dah kena tag? Maka sila tulis 25 FAKTA / INFO tentang diri sendiri. Kemudian, tag kawan-kawan kamu seramai 10 orang untuk buat menda yang sama.
- Nickname aszni asalnya adalah gabungan nama aku sendiri. Yelah, nama aku kan panjang berjela. Err, Asmaul husNi. Z tu cume additional je. Somehow Z tu nampak macam kool.
- I think I love purple. Tapi masalahnya sekarang, banyak barang2 aku yang berwarna coklat berbanding purple.. Camana? Tak perasan bila masa ada banyak benda yang berwarne coklat.
- I'm a left-handed person. Selalu orang left-handed ni dikaitkan dengan pemikiran yang kreatif dan juga bakat melukis. But believe me, I can't do either. *sigh* Pegang sudu pun kat tangan kiri tau?
- Suka air. Tak kisahla air kolam ke, tasik ke, sungai ke, laut ke. Pantang nampak air rasa nak terjun masa tu jugak! Masa kecik2 dulu abah rajin bawak aku dengan adik aku gi Teluk Batik teman dia jogging. Macam biasalah, abah jogging, aku dengan adik aku berendam dengan air laut daripada pukul 7 pagi, sampai pukul 10 pagi.
- Walaupun macam tu, aku tak pandai pon berenang. Ye, anak seorang tentera laut tak pandai berenang? Tapi aku boleh float and hold my breath underwater dgn jayanya. So, itu dikira satu pencapaian la kan? Hehehehe..
- Suka aktiviti outdoors. Pernah buat
firefoxflyingfox, retailing, abseiling, paintball, berakit, kayak, and I'm dying to try scuba diving and snorkeling. Sekarang ni aku dengar ada orang tu nak try go kart. Tu pon cambest gak. Hehehe.. - Perempuan selalu dikaitkan dengan coklat, ice-cream, sweets, candy, whatsoever. But I'm not into those things. Bukanla kata benci, cuma tak selalu makan je. Dulu pernah dapat Cadbury yang paling besar masa kat Teknik. Huh, seminggu makan tak habis-habis. Cuba try bagi kat dia ni, atau dia ni. Sekejap je dah abes.
- Aku suka membaca. Majalah, novel, cerpen, dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Sekarang tengah ralit mengumpul novel grafik.Tapi pon dah lame xde collection yang baru.. Huhu..
- Suka sangat tengok anime Bleach, which is my favourite now. Bercita-cita nak tengok One Piece, tapi tak sanggup nak start daripada Eps 1 sebab sekarang kalau tak silap dah sampai Eps 300++..
- Suka tengok JDorama. Tak minat sangat KDorama. Kenapa? Sebab rasanya Korean macam susah nak imitate berbanding Japanese. Hehehe..
- Ada parut berbentuk Nike kat bawah kening sebelah kanan. Kesan daripada cakaran kucing. Dulu suka sangat kat kucing. Pantang nampak kucing, puasla dok mengejar kucing tu sebab nak pegang. Bila dah dapat pegang, kucing tu meronta-ronta dan....! Inilah hasilnya. :P
- Sangat suka muzik. Frankly speaking, lebih banyak mendengar English song rather than Malay song. Sebab? Xde sebab. So, kalau travel ke mana-mana, EARPIECE adalah sangat disayangi-lalu-dibawa-kemana-saja.
- Suka berjalan, dan sebab bila berjalan macam dapat release sedikit tension.
- Tak suka menunggu. Tapi lebih baik menunggu daripada ditunggu kan? Walau macamana pon, tetap tak suka menunggu. Lebih-lebih lagi jika yang ditunggu itu sedang MELECEH! Ergghh!!
- Tak suka serangga. Lebih-lebih lagi yang bersayap dan boleh terbang. Sanggup tak masuk dalam bilik kalau ternampak lipas. Ada pengalaman pahit dengan para serangga. Ouh, also dengan katak. Rumah lama dulu ada banyak katak, so memang menjerit-jeritlah mintak housemate yang baik budi pekerti tolong halaukan keluar.
- Tak suka bau Lavender. Anything in Lavender, tak pernah berkenan. Walaupun Lavender itu berwarna PURPLE, tapi tak suka bau dia. Huhuhu..
- Disebabkan aku ni anak sulung, so memang terang dan benderang sikap garang tu ada. Adik-adik aku pun semua dah sedia maklum. Akak dia yang ni memang garang kat rumah. Nak buat camana, dah korang tu degil.
- Aku tak pernah pergi tengok wayang, sehingga umur GENAP 21 tahun. And the 1st movie I watched was Geng : Pengembaraan Bermula.
- Orang yang baru nak kenal dengan aku akan ada anggapan yang aku ni act sombong orangnya. Bila dah kenal, dah baik baru diorang tau macamana aku sebenarnya. Pengalaman lalu mengajar aku untuk lebih berhati-hati dalam persahabatan.
- Tak boleh keluar rumah tanpa wallet. Tanpa handphone boleh lagi, tapi tanpa wallet is no no no! Sanggup patah balik.
- Dalam handbag aku biasanya ada wallet, handphone, tisu, perfume, kipas tangan, clorets, 1 pen hitam, earpiece, coins, compact powder (optional), lipbalm.
- Dulu masa tinggal kat Muar ada Ombak, sekarang dah tinggal kat Seremban, Ombak terpaksa ditinggalkan di Segamat. Rindunya kat Ombak, that's why tak banyak berjalan. Huhuhu.. Naikla public transport kalau nak ke mana-mana.
- Ambik lesen kereta tahun 2006, dah lulus, lesen tu buat hiasan dalam wallet selama setahun. Dah setahun baru nak pegang stereng. Hehehe..
- Ada impian nak memiliki sejenis HONDA JAZZ. Tapi macam tak mampu, lalu menyimpan impian spare nak VIVA ELITE.
- Tahun ni, nak kerja cepat-cepat. Nanti nak simpan duit nak
kahwinbeli kereta! :D
Orang yang diTAG adalah :
1 - Kinkin
2 - CZ
3 - Myra
4 - Ridh
5 - Anom
6 - Rere
7 - Haidah
8 - Lokman
9 - Whoever read this post, automatically YOU ARE TAGGED!
10 comments:
kena tag ke...
kena tag ke..
yes dear..
hehehe..
thanks for your comment..
:)
oh akhirnya. welcome belogging back~ :D
kagum oke. umo 21 baru tengok wayang. hihuuu
ahahahah...
owh nk kawen ea..
50..50..50...
haahha..
ad bran???
syud :: thanks..sebenarnya da lame kepingin nk tgok wayang,tp nk wat cmane, kat segamat pon xde panggung..hehehe..
cz :: oi oi oi..kan aku kate nak beli kete..kohkoh
:)). KELAKA LAH. hehhe..
Siapa dear?
kinkin :: :P
H :: nobody,just my reader.. :)
eh? nama saya pun ada. aduhai... hehe...
apa pun, tag ini membantu mengenali maul lebih dekat lagi... :)
Post a Comment