Pages

Wednesday, October 19, 2011

UNUSUALLY EMO.

Sejak akhir-akhir ni, rasa macam banyak sangat perkara yang melibatkan emosi jadi kat aku. Ajak member teman makan dia decline rasa macam nak pindah rumah, skandal busy tak nak reply mesej aku terus delete nombor beliau, bff mintak peti ais plasmaclusterhanyadarisharp aku rasa macam nak siku, Mujur belum ada bf, kot tak, pening dia nak layan emosi ai ni.. Things not going smoothly as they always did. Bleach manga takde update pun dah buat aku rasa macam nak pulang balik broadband! Oke, itu adalah exaggerated. Adakah aku dah mempunyai simptom mid-life crisis? Weh,baru 23 mid-life mende..


Tengok sekarang member-member menyusun kad jemputan kahwin, rasa macam sedikit cemburu. Kalau tak salah aku, bulan Disember ni je ada dua orang kawan aku yang bakal naik pelamin. Sorang lagi nak bertunang. Harapan nak attend wedding bagai tu? Tak payahla simpan. Confirm dah tak boleh cuti. Sorang kawen kat Kuala Kangsar, then sorang lagi kat Muar, pastu member yang nak tunang tu lak kat Batu Pahat. Aku? Kat Port Dickson. Camano? Tarikh pun dekat-dekat lak tu.






Aku tumpang bahagia untuk kawan-kawan yang bakal naik pelamin, dan yang bakal ada tunang. Saya sangat jealous oke. But I'm very happy for them. Guess it's not my time yet huh? Hahaha.. Apasal rambling tak masal nih asmaul? Tu la, kan dah cakap tadi, being unusually emo. Enough said. 

0 comments: