Pages

Tuesday, December 29, 2009

Welcome 2010.




Macam dah lama pulak tak update belog. Kebetulan last week balik Segamat, lepas tu laptop ni pulak diserang simptom sampai kena repair Windows balik. Kecik hati betul. Huhuhu. Minggu ni ingat nak share resipi baru, tapi sibuk sangat sampai tak sempatla nak update. But no worries, I'll do it later. 


Semua orang sibuk bercakap tentang ketibaan tahun baru. Mana nak celebrate, nak lepak mana, aku macam takde hati nak cerita pasal semua tu. Maklumlah, aku pun kat tempat baru sekarang kan? So, everything is new here for me. Nak celebrate dengan kawan-kawan, semua tercampak jauh kat atas peta. Kemaman la, JB la, Muar la, haih. Macam touching plak. Hahahaha.. (Padahal New Year ni dah decide nak balik Muar,) 


Memandangkan lagi 2 hari akan datang menjelang tahun baru, aku nak flashback sket ape yang dah berlaku overall tahun ni :-


Januari - April = Siapkan final projek untuk Diploma. Masa sangat pack masa ni sebab terkejar-kejar. Mujur dapat siapkan dalam masa yang ditetapkan. Alhamdulillah. Waktu ni pun dah mula mengintai peluang untuk menjalani praktikal. 


Mei - Ogos = Diterima praktikal kat KPDNKK Muar, belajar banyak benda baru, cuba adapt dengan persekitaran baru, kenal ramai orang, kenal H, mula merancang hidup sendiri (tp lain yang plan, lain plak yang jadi) Many unexpected things happens within this month and I was so down at those times. But thanks to someone special who is always stand by me. He gave me the strength to move on, and his 200% support so that I won't easily fall again. 


Sept - Oktober = Dah habis praktikal, pindah rumah baru, bf baru, start siapkan report praktikal dan dalam masa yang sama mula mencari peluang pekerjaan.

November - Disember = New chapter in my life. 100% change the whole plan. From IT to cookery? Drastik sungguh. Daripada Johor ke Negeri Sembilan. Tapi takpe, grab the opportunities. Cari pengalaman baru, dan ilmu. 


So many thing happens eh? Tahun baru ni, tak tahu apa pula yang menanti. Tapi yang pasti, kehadiran tahun baru ni bakal disambut dengan penuh rasa syukur. Semoga perjalanan hidup kita diberkati dan diredhai-Nya. 


p/s : ni ada gambar kek nak share dgn korang. Kek Chocolate Mousse. Silelah meliur.. :P


4 comments:

nora ashikin said...

hahaha..okeh. semoga tahun baru kau akan lebih baik dari tahun sebelumnya. hehehee.. herrmm...kek coklat ni aku tak terliur sangat, cube letak cheese cake. kompom!! haha~

Asmaul Juakhir said...

cheese cake ek?
okeh!
:D

semoga tahun baru kita akan jd lebih baik dr yg sebelumnya..
:)

s.c.h.u.l.t said...

terliur dengan kek...[eh motif merapu pagi2 neh syud? AHAHA]

selamat menyambut 2010! ;)

grad dan mencari pekerjaan. T___T

urghh..takutnya nak jadi dewasa!

Asmaul Juakhir said...

syud :: kita semua akan menjadi dewasa..huhuhu..scary thought isn't?

Cik Epal :: mehla sini..hehehe.. :)