Pages

Friday, August 17, 2012

SALAM AIDILFITRI.

Pejam celik, eh! Tinggal lagi 2 hari je nak puasa. Lepas tu, Aidilfitri datang menjelma. Sekejap betul masa berlalu. Macamana persiapan raya? Honestly, I only bought a pair of baju kurung. No new handbag, no new pair of shoes. Sebab apa? Tahun ni I tak balik raya.. Huwaaaaaaaa.... Mintak maaf Ibu, Abah, Angah, Kak Yah, Kak Chik, Kakak. Along tak balik raya tahun ni. Terpaksa beraya di perantauan. *Kesat-kesat airmata*

Okay, stop all the tears. Ni nak cerita pasal common things bila dalam bulan Ramadhan. Cuba teka apa dia. Terawih? Nope. Bazaar Ramadhan? Nope. Bazaar raya? Nope. Pasaraya? Totally wrong. Zakat Fitrah. Pernah dengar? Biasa dengar? Tak pernah dengar? Jangan segan, jom kita share sedikit ilmu.

Zakat fitrah, zakat Ramadhan, atau zakat badan adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada perbuatan keji dan buruk. Juga untuk dijadikan keperluan golongan asnaf pada 1 Syawal.

Kadar untuk zakat fitrah adalah berbeza mengikut tempat. (Maafkan saya jika saya tersilap). Sebagai contoh kat Negeri Sembilan, kadarnya ialah RM6.50 sahaja. Syaratnya anda mestilah seorang Muslim, dan mempunyai ksesuatu (makanan, wang, harta) yang lebih untuk berbelanja ke atas diri dan tanggungan pada 1 Syawal itu (siang dan malam). Dapat menemui masa pada akhir Ramadhan dan awal Syawal.


Waktu Wajib : Tenggelamnya matahari pada 30 Ramadhan sehingga terbit fajar keesokan harinya. 
Waktu Afdhal : Sebelum Solat Sunat Aidilfitri. 
Waktu Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan. 
Waktu Makruh : Selepas Solat Sunat Aidilfitri, sehingga terbenam matahari pada hari itu. 
Waktu Haram : Selepas terbenam matahari 1 Syawal. 


Cara pembayaran pun mudah sangat. Boleh pergi kat mana-mana Kaunter Zakat, Pusat Zakat, masjid - masjid, malahan secara online mudah bukan? Ala, topup handphone sampai RM20, RM30 boleh takkan bayar zakat fitrah tak sampai RM10 pun susah kot? Alhamdulillah, aku dah tunaikan tanggungjawab aku. Korang macamana?



Okay, back to Hari Raya mood. Di kesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua yang mengenali dan tak berapa nak kenal pun aku nak ucap jugak. Hehe.. Maafkan atas kesalahan dan kesilapan dan yang balik kampung tu, drive safely. 1 Syawal tu jangan dok hentam semua juadah pulak. Ingatlah pada orang-orang yang kurang bernasib baik. Mentang-mentangla dah puasa sebulan, makan pun macam orang yang tak jumpa nasi sebulan ye? Elok-elok on diet programme mase Ramadhan menunjukkan good progress, langsung hancur lebur bila tiba 1 Syawal.. Hahahaha.. Silap-silap kang tak muat pulak pakai baju raya.



0 comments: