Pages

Showing posts with label opinions. Show all posts
Showing posts with label opinions. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

CLASS, ANYONE?

Honestly, what do you think when you've heard someone older (definitely seriously older) than you decided to further their study? Yeah, I mean when they decided to went for college, take any diploma course, or maybe degree. What would you say?

I definitely would be happy for them, and encouraging them to do the best for their study. Hey, it's not easy to start attending classes after a few years right? Trust me, I know. Hahaha..

Apa yang buat aku pelik, bila aku dengar orang cakap menda yang pelik - pelik. Well, bila aku cakap pelik, it sound so pelik itself.


"Ish, mengarut betulla. Dah tua - tua pun nak sambung belajar lagi?"


"Nak sambung belajar? Nak buat apa? Buat habiskan duit je kot,"


"Kerja pun tak tentu hala, ada hati nak sambung belajar. Boleh ke?"


Like, seriously? I mean, are you serious? Of course itu yang keluar kat kepala aku lepas dengar orang cakap macam tu. Kau ni mesti tak pernah baca buku kan? Atau mungkin masa sekolah dulu setiap kali kelas Agama kau ponteng. Rasulullah SAW pun menggalakkan umatnya menuntut ilmu sehingga ke Negeri China. (Correct me if I'm wrong). Tak kisahla umur berapa pun. Takkan itu pun tak tau?

Pada aku, kita tak tau bagaimana, kenapa atau apa sebenarnya perjalanan hidup seseorang itu. Siapa tahu dulu Gayah (bukan nama sebenar) terpaksa mengorbankan peluangnya ke universiti untuk bagi laluan adik - adik dia seramai 6 orang (exxaggerate) menghabiskan sekolah mereka?

Atau Pamela yang terpaksa bekerja keras demi menyara emakya yang sakit terlantar, dia terpaksa melupakan  hasratnya untuk pergi ke luar negara sebab takde orang nak jaga emak dia?

Ye, mungkin aku terlalu banyak menonton drama swasta. Tapi tahukah anda bahawa most the stories are based on the true story? Or reflexes most of the reality around us?

Peluang mungkin datang sekali. Tapi siapa tahu rezeki yang Tuhan nak bagi? Sebagai seorang yang masih muda, aku sangat bangga andai ada makcik - makcik aku nak sambung belajar. You should be proud of yourself. And I'm proud of you.

Ingat senang ke nak bukak buku balik selepas tinggalkan alam persekolahan bertahun-tahun? Kita yang muda ni patut rasa malu kalau ada niat nak mencemuh orang. Tapi entahla. Agaknya dah sinonim dengan darah daging kot. Tak boleh nak tengok orang lain lebih sikit, datangla penyakit PHD tu. Bukan doktor falsafah okey, tapi Penyakit Hasad Dengki.

Untungla kalau dapat sambung belajar. Ada ramai yang punya impian yang sama tapi tak dapat dicapai dek kerana kekangan masing - masing. It could be time, or money, or family or whatever. Who knows?

For anyone who are considering to further your study, you should be proud of yourself. Not everyone can do it, and may you have brighter future for that. For anyone who talks bad about you, just let them be. One day, they will regret for what they had said to you.


Tuesday, November 13, 2012

COMMITMENT; WHAT SAYS YOU?

Ever think about marriage? Commitment? Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah terfikir ke arah itu semua. I'm normal, and straight. Of course I would like to get married one day. I'm not going to tell you when, or who's am gonna spend my life with. Just a random talk as a single (not taken) woman as I am now.

Perkahwinan hukumnya adalah harus bagi umat Islam. So in other words, sesiapa yang cukup syarat-syarat yang telah digariskan dalam Islam, maka harus baginya berkahwin. In doesn't matter how old are you, or how young your partner is. When you're ready to have a commitment, there's nothing to be afraid of. Just go for it.

TAPI. Mentaliti orang zaman sekarang, takut bila berbicara soal perkahwinan. It's either they're afraid of the responsibility, or people talking bad behind them. Marriage is not only about having sex, you know? You are about to spend the whole life of yours together. Make it high or low, you have each other. Forever. 


"Aku nak kawen tapi aku takutla. Bukan apa, gf aku tu tak kerja. Kalau aku kawen nanti macamana nak bagi dia makan? Gaji aku ni pon cukup untuk makan pakai aku sendiri jek,"


"Aku nak kawen, tapi selagi bf aku tak sediakan rumah dengan kereta. Aku tak nak kawen dengan dia. Oh, did I mention he need to have his OWN house?"


"Aku suka anak aku finally nak kawen, but then bakal isterinya tu orang Perak la pulak. Ish, aku tak berkenan pulak dengan orang belah-belah sana tu,"


Pernah dengar? Happens to some people you know? Untuk Situasi 1; aku faham dilema mereka. Honestly, me myself once had a thought just exactly like that. Speaking of expenses right? Bills, cars, house rent, etc. One can't hardly afford if they had only a thousands or two for salary. Let alone after having a child. Things ain't that easy. Tapi janji Tuhan itu pasti. Rezeki ada di mana-mana. 

Situasi 2 : Memang tak kawenla kau sampai bila-bila! Unless you've found a filthy rich guy, then I won't question you anything. Orang nak pakai duit selepas kahwin, dia sibuk nak itu ini sebelum kahwin. Camana? Bersabar sikitlah dik ooii.. Rezeki tak datang bergolek. What is wrong kalau you start one by one? Baby baru lahir pun tak terus berlari kan?

Situasi 3 : Anak yang nak kahwin, tapi mak-ayah menyulitkan keadaan. Makcik, pakcik. Sanggup ke tanggung dosa anak ke hulu ke hilir tanpa ikatan yang sah? Apa salahnya kalau mereka daripada rumpun yang lain? Sekurang-kurangnya, dia ada niat yang baik ingin mendirikan masjid. Sepatutnya sebagai ibu-bapa, haruslah menggalakkan pernikahan untuk mengelakkan maksiat. Ini macam terbalik pulak.

My says? If you are ready to take the responsibility, why not you go for it? Marry him / her. Let other people say everything they wanted to. Mulut orang bukan kita boleh tutup kan? At least bila dah kahwin, hubungan tu dah sah di sisi agama. Bukan itu ke yang paling penting? So, what says you?



Friday, August 17, 2012

SALAM AIDILFITRI.

Pejam celik, eh! Tinggal lagi 2 hari je nak puasa. Lepas tu, Aidilfitri datang menjelma. Sekejap betul masa berlalu. Macamana persiapan raya? Honestly, I only bought a pair of baju kurung. No new handbag, no new pair of shoes. Sebab apa? Tahun ni I tak balik raya.. Huwaaaaaaaa.... Mintak maaf Ibu, Abah, Angah, Kak Yah, Kak Chik, Kakak. Along tak balik raya tahun ni. Terpaksa beraya di perantauan. *Kesat-kesat airmata*

Okay, stop all the tears. Ni nak cerita pasal common things bila dalam bulan Ramadhan. Cuba teka apa dia. Terawih? Nope. Bazaar Ramadhan? Nope. Bazaar raya? Nope. Pasaraya? Totally wrong. Zakat Fitrah. Pernah dengar? Biasa dengar? Tak pernah dengar? Jangan segan, jom kita share sedikit ilmu.

Zakat fitrah, zakat Ramadhan, atau zakat badan adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada perbuatan keji dan buruk. Juga untuk dijadikan keperluan golongan asnaf pada 1 Syawal.

Kadar untuk zakat fitrah adalah berbeza mengikut tempat. (Maafkan saya jika saya tersilap). Sebagai contoh kat Negeri Sembilan, kadarnya ialah RM6.50 sahaja. Syaratnya anda mestilah seorang Muslim, dan mempunyai ksesuatu (makanan, wang, harta) yang lebih untuk berbelanja ke atas diri dan tanggungan pada 1 Syawal itu (siang dan malam). Dapat menemui masa pada akhir Ramadhan dan awal Syawal.


Waktu Wajib : Tenggelamnya matahari pada 30 Ramadhan sehingga terbit fajar keesokan harinya. 
Waktu Afdhal : Sebelum Solat Sunat Aidilfitri. 
Waktu Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan. 
Waktu Makruh : Selepas Solat Sunat Aidilfitri, sehingga terbenam matahari pada hari itu. 
Waktu Haram : Selepas terbenam matahari 1 Syawal. 


Cara pembayaran pun mudah sangat. Boleh pergi kat mana-mana Kaunter Zakat, Pusat Zakat, masjid - masjid, malahan secara online mudah bukan? Ala, topup handphone sampai RM20, RM30 boleh takkan bayar zakat fitrah tak sampai RM10 pun susah kot? Alhamdulillah, aku dah tunaikan tanggungjawab aku. Korang macamana?



Okay, back to Hari Raya mood. Di kesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua yang mengenali dan tak berapa nak kenal pun aku nak ucap jugak. Hehe.. Maafkan atas kesalahan dan kesilapan dan yang balik kampung tu, drive safely. 1 Syawal tu jangan dok hentam semua juadah pulak. Ingatlah pada orang-orang yang kurang bernasib baik. Mentang-mentangla dah puasa sebulan, makan pun macam orang yang tak jumpa nasi sebulan ye? Elok-elok on diet programme mase Ramadhan menunjukkan good progress, langsung hancur lebur bila tiba 1 Syawal.. Hahahaha.. Silap-silap kang tak muat pulak pakai baju raya.



Wednesday, July 11, 2012

HOPE.

Remember I've blog about writing exam? To my surprise, I was shortlisted candidates for 2nd interview! SInce it was my first interview, I was so nervous and freaking damn cuak. Yelah, sebelum ni pergi mana - mana interview takdelah pulak pernah rasa stress macam ni. Tapi mungkin sebab formality surrounding, rasa stress tu berganda. Looking at other candidates buat aku lagi lagi macam errrk! Tapi takpe, bertenang. Macam-macam doa aku baca untuk hilangkan rasa nervous ni. Haih.



Makan lunch sorang-sorang.  @MCD KLSENTRAL



Mind my shining face. Hehehe..


The session went quite well, despite I'm damn freaking nervous. Hahahaha.. But I was hoping I could do more to impress. Biasalah kan. Alang - alang tu, meh sini I nak share tips untuk pergi interview. Based on my experience on the day laa..


  1. Get to know the company. Read.A.Lot.
  2. If you're still working, make sure you know your current company as well.
  3. It's an extra marks there if you could converse in English VERY WELL. Not by broken English.
  4. If you are nervous, DO NOT SHOW IT. Hide it in your handbag!



Details? Ask Mr Google please. Hahaha.. So, I'll be waiting for the result. Maybe, next month? Hope for the best!


Sekejap je dah sampai Julai. Bermakna kita dah mengharungi separuh daripada tahun 2012 ni. Resolusi 2012 anda sudah tercapaikah? Haahahaha... Ke nak bawak tahun hadapan? Relax, you still have about....5 month to go okay? Gambatte ne! Puasa pun bakal menjelang, bawak-bawakla ganti puasa tahun lepas ye kakak.. Hehehehe..

Monday, April 2, 2012

TANGGUNG & JAWAB

Hidup di dunia ini sebagai manusia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai manusia, sebagai anak, pelajar, dan pekerja dengan izin Allah. Tanpa izin-Nya, siapalah kita sebagai hamba-Nya yang lemah.

Tapi, nak cari orang yang betul-betul boleh tanggung & jawab segala permasalahan ni susah. Ibarat mencari jarum dalam timbunan padi. Yang banyaknya orang yang melepaskan batuk di tangga. Atau melepas tengkuk sendiri. Aku sendiri naik hairan. Agak mereka ni takde rasa bersalah ke kat orang lain? Kalau nak yang versi cerekarama; siap kipas orang atasan. Hah, ini yang paling tak boleh blah.

Aku percaya, setiap tugas atau kerja yang diberikan adalah amanah. Sejauh mana kita bertanggungjawab atas amanah yang diberikan, itu semua adalah atas diri sendiri. Either we are capable to get the job done, or leave it undone. Kalau MC sakit, itu acceptable. Whether you went to panel clinic, or Poliklinik, as long as you are REALLY sick, nobody bother. Macamla tak boleh differentiate orang yang sakit, dengan buat-buat sakit kan? Bukanlah absent semata mahu ke PC Fair. 

Entahla. Malas kan nak cakap dengan orang yang tak punya sense of humor responsibility. They never take things seriously. Agaknya rasa macam makan gaji buta tu best sangat la kot. Takpela, esok-esok kang, pandai tanggung, pandaila jawab. Tak gitu?

Sunday, March 25, 2012

IKHLAS TAPI JAUH?

Sejauh manakah kita ikhlas dalam berkawan? Adakah berkawan itu memerlukan walau satu sebab yang kukuh? Secara jujurnya, aku berkawan sebab aku suka berkawan. You get to know the world better by knowing people who live in it. Sebaik mungkin, aku berkawan tanpa prasangka. Pendek kata, kalau aku dengar kawan aku si L tu ada masalah dengan orang lain, aku akan fikir, 

"Oh, mungkin itu hal peribadi beliau. 
As long as you don't drag me into your girl fight, then I'm fine with it," 

Atau mungkin aku ada dengar kawan aku si J ada masalah dengan Along Bukit Beruntung, tapi masih tak bercakap mengenainya, it's okay. I don't really mind. You know, everybody has their own dirty little secret. 

TETAPI!!

Kawan aku ada cakap yang kita tak boleh sentiasa bersangka baik kat semua orang. Rambut sama hitam, hati lain-lain. We can't possibly read other people's mind. 

Jujurnya, aku berkawan dengan ikhlas. Macamana aku treat kawan kau P, macam tu jugak exactly aku akan treat kau. Walaupun aku tau si K menyimpan perasaan kat aku, aku tak boleh deny perasaan dia lalu terus memutuskan persahabatan dengan beliau. Aku masih respect perasaan orang lain. 

CUMA!!

Aku jadi terasa bila ada orang kawan dengan aku dan bersebab. Tak kisahla niat tu serong ke tegak ke, reverse whatever. Aku tak meletakkan syarat untuk berkawan dengan sesiapa pun. Takkan la just because aku dan W adalah rapat, maka kau pun suddenly move backwards? Disebabkan aku tak boleh tolong kau langsaikan hutang dengan Along Bukit Beruntung (lagi), maka kau pun tiba-tiba buat tak tau je dengan aku? Come on babe, this world doesn't evolve around you. Aku tak harap semua orang sukakan aku. Aku tak se-hawt itu okey. Plus aku sendiri belum tentu sukakan semua orang. 


So the question is; Sejauh manakah keikhlasan kau kawan dengan aku?




Tuesday, March 13, 2012

LUCK.

Last week ada Annual Dinner & Dance 2011. And to my surprise, aku bukan je naik pentas sekali, tapi 3 kali oke. Malunya saya. Hahaha.. 1st, untuk Perfect Attendance 2011. Aku dapat voucher F&B dgn cash money RM50. 2nd, aku naik lagi untuk Employee Of The Year 2011. Aku dapat percutian selama 3D 2N di Water Chalet Avillion Port Dickson. And, cash money RM500.00! Actually aku tak sangka aku dapat. Sebenarnya aku cuma tau nama aku naik untuk Perfect Attendance je. Bonus bila dapat Employee Of The Year. Hehehe.. Kali ke-3 aku naik pentas lagi untuk Lucky Draw. Tapi bukan untuk aku pun. Wakil je. Since aku yang paling dekat, semua orang tolak aku naik atas stage. Dah semua orang ingat peti ais berjenama LG tu aku punya. Cet!



By the way siapa cakap tahun ni aku takde luck? 



Been planning something for this coming April. Tapi masih menanti green light daripada beberapa orang. Bachelor party? Macam exaggerate sangat. Gathering sounds more fun. I was thinking to invite a few close friend, to be here at Port Dickson. Tapi yelah, since everyone is working, kekangan masa tu macam one of the biggest things to be worried. But I really hope everyone can come. At least sebelum u girls menjadi milik orang kan. Hehehe.. 



Wednesday, November 16, 2011

MAJLIS SANA DAN SINI.

Next week da start cuti sekolah.. Yeay! *Untuk mereka yang sekolah* Untuk yang keje hotel macam aku ni? Preparation for busy time during school holiday la.. Yang paling xbest dah tentunya xdapat cuti. Jangan mimpila nak dapat cuti saje-saje. Apa? Family ajak gi LANGKAWI? Hah? BFF ajak gi SINGAPORE? Oh em jie, kawan saya kawen juge? Geget jarila jawabnya.. 




Dormate + classmate aku sorang lagi bakal mengikat tali pertunangan Ahad ni. Anom, seriously I'm very happy for you dear. Kinkin dah lepas. Insyaallah walimah dalam masa yang terdekat.. Cz? Err.. Kata Anom dia tunggu Datuk. Hahaha.. Tataula pulak datuk mana satu.. Datuk kepada cucu-cucunya kah?




Dengar diorang bercerita pasal hantaran, kenduri, tetamu whatever memang seronok. Sungguh aku rasa terkilan sebab tak dapat join. But what to do? Tapi ramai betul kawan aku buat majlis hujung tahun ni. Jealous plak bila dengar diorang nak kahwin. Hahaha.. Pastu soalan tak boleh blah; 



"Kitorang ni dah tengah kira hari ni, kau bila lagi nak kawen?"


Errrkk.. Adakah itu sejenis soalan yang aku kena jawab? Tak nak jawab boleh? Biasanya aku akan jawab dengan soalan lain, 


"Hey, tema nanti kaler ape?"
.
.
.

atau

.
.
.

"Weh, aku rasa macam aku nak gi toilet la, mana toilet rumah kau?"
.
.
.

Dan lari tanpa tengok reaction mereka. Hahaha.. 


Siapa cakap aku tak nak kawen? By the way, ada ke manusia NORMAL yang tak nak kahwin? Tell me. Kalau ada pun agaknya orang tu sakit kot. Budak tadika sekarang pon dah pandai cakap pasal kahwin tau. Lagi kan pulak orang dah lah lama tinggal sekolah tadika. Hahaha..


Kalau diberi pilihan, of course aku tak tolak. Berchenta lama-lama pun kalau takde hala tuju what for? Tak kan nak timbun dosa kering hari-hari kan? Tapi itulah, nak tunggu yang betul-betul boleh pikul tanggungjawab, boleh jadi ketua family, mana ada tepi-tepi jalan. Hahahaha.. Jangan mimpilah nak cari suami sehebat nabi kalau diri sendiri pon tak berapa nak betul kan? 


So many things come in one shot really pissed me off. I want to share, but I don't think people will understand it. From the outside, people see me as a normal person. But who's know deep inside I'm struggling? I don't know if I make a correct decision, or meet a right person. Duh, headache! 


Okay, enough ramblings. 

Thursday, January 6, 2011

WHICH ONE IS BETTER?


Zaman belajar dah lama berlalu, dan sekarang mula memasuki alam yang lebih mencabar. ZAMAN PEKERJAAN. Ramai orang bertanya, "Nak kerja kerajaan ke atau swasta?" It makes me think, whats the difference? As long as I work, and I've gain a halal income. Should it be a big problem then?


Kerja mana-mana pon sama. But sometimes I don't understand why there's a people still having issue regarding this. Let's say macam aku yang baru mula bekerja, di sektor perhotelan. I'm enjoying my works. Walaupun stress bila busy, cuti sekolah, kawan tunang tak leh pergi. Tapi so far aku enjoy kerja aku. Aku belajar banyak benda bila berhadapan dengan guest hotel. It's a new experience, dan aku juga tak lari daripada buat kesilapan, kan? It's part of learning tough. It's not like I don't want to find other job, tapi untuk cari pengalaman aku rasa tak salah untuk aku stay. Aku tak nafikan masih ada orang yang pandang serong bila tau aku kerja dalam bidang perhotelan. Kenapa? Sebab hotel tempat orang buat maksiat ke? Sebab hotel ada serve arak? Non-halal food? Camtu? Narrow minded betul.


Kalau camtu aku pon boleh cakap, kerja kerajaan pon bukan bersih sangat. Claim OT tapi curi tulang, rasuah berleluasa. Sogok sana sogok sini. Pecah amanah. So itu kategori apa pulak? Kerja yang mulia? Pada aku kerja mana-mana pon sama. Janji kita ikhlas dalam kerja, dan amanah pada tanggungjawab yang diberikan. Tak gitu? Aku pun tak pandai agama nak cakap pasal sumber halal haram semua. Aku percaya rezeki Tuhan janjkan pada manusia. Selagi kita berusaha, hasilnya pasti ada. Kan? Tak kisahla kerja swasta atau kerja kerajaan. Lagipun, zaman sekarang bukan cam zaman dulu-dulu yang orang dok pandang tinggi kat keje 'gomen'. Bak kata mak aku pon, "Nak cari husband, biarla ekonominya kukuh. Tak kisahla kerja kerajaan ke swasta ke. Baik budi pekerti dan elok agamanya, cukuplah tu." Hahahaha... Saya sayang mak saya! (eh?)


Untuk di luar sana yang mungkin ada dilema seperti ni, usah takut. Kerjalah selagi ianya halal. Tawaran yang lebih baik mungkin menanti di kala anda masih mencari. Usaha dan tawakal itu penting. Eceh, pandainya aku cakap. Padahal diri sendiri masih terkontang-kanting. Hahaha..


Tuesday, February 9, 2010

Perempuan Cantik.

Suka tengok perempuan cantik? Jika korang lelaki, maka korang memang normal. Tapi kalau korang perempuan....err...normal jugak kot? Lumrah manusia memang sukakan kecantikan, am I right? Hehehe..

"Beauty lies in the eyes of the beholder."


Biasa dengar term ni? Atau dalam bahasa mudahnya, "Kecantikan itu adalah hak milik setiap insan terletak pada mata orang yang memandangnya," Sebagai contoh, si A mungkin kata Britney Spears tu cantik. Pastu si B pulak bangkang. Katanya Christina Aguilera lagi cantik daripada Britney Spears. Semua orang punya pendapat yang berbeza dalam soal kecantikan.


TAPI....


Apa agaknya pendapat korang kalau jumpa :

  1. Perempuan cantik, tapi takde attitude.
  2. Perempuan cantik, tapi mulut macam longkang.
  3. Perempuan cantik, tapi suka amik kesempatan.

Adakah korang akan still label dia sebagai perempuan cantik? Atau persepsi korang dah berubah? Meh kita tengok contoh :


*************************************************************************************

SITUASI 1.

Si C : Ish, mana agaknya Z ni tak sampai-sampai lagi? Janji pukul 11 pagi, sekarang dah nak pukul 1 tengahari.
Si D : Itulah, kerja banyak lagi belum siap ni. Lambat betul minah ni.

Tak lama kemudian, Z datang.

Si Z : Sorry girls, I lambat tadi. Well, you know me. It took me nearly 25 minutes to put on my lens and my fake eyelashes.

*Padahal sebenarnya nak handing over grouping assignment je. Bukan nak pergi memburu lelaki shopping. And to make it worse, it might be like this,*

Si Z : Eh, you all nak template haritu ke? Oh my, I belum siap lagi la. I'm sorry occay? I'll give it to you next time la.

Si C & D : $%^#&*dghj%

*************************************************************************************

SITUASI 2.

Korang tengah tunggu bas. Ada ramai orang yang tunggu bas sekali dengan korang. Tak lama lepas tu, bas pun sampai. Biasalah naik bas kan, bertolak-tolak, berhimpit-himpit segala. Masa tu lah korang ternampak ada seorang brader ni, terlanggar bahu seorang perempuan depan korang. Bila perempuan tu toleh ke belakang, korang pun sempat puji dalam hati, "Cantikla perempuan ni," Brader tu pun cepat-cepat mintak maaf. Sebab dia tak sengaja. Tapi, tiba-tiba perempuan tu tarik muka masam, dan memaki hamun brader yang tak bersalah tu. Keluarlah segala carutan dan makian yang berbagai, sampai korang rasa nak backup je brader tu. Kesian betul tengok muka brader tu dah merah sebab malu kena maki kat public.


*************************************************************************************

SITUASI 3.

L ni cantik orangnya. Semua orang tau yang dia ni begitu bangga dengan kecantikan yang dia miliki. L ada boyfriend, M nama dia. M ni, korang tau memang sayang habis dengan si L ni. Yelah, awek cantik kan. Siapa yang tak sayang? Apa yang L nak, semua dia bagi. Dalam masa yang sama, L rapat dengan seorang pegawai atasan tempat dia belajar. En Q ni tau yang L ni ada bf, tapi dia tetap tega mengajak L dinner, lunch, supper, pergi tengok wayang etc. Yang L ni pun layankan je. Dia tak pernah tolak ajakan En Q, tapi dia tau yang M sebenarnya cemburu dengan tindakan dia tu, tapi dia buat dek je. Punyalah En Q ni tangkap cintan sama itu L, sampaikan L gi kelas dia jemput, assignment jangan cakapla, full marks sentiasa. Padahal korang tau assignment L tu standard tangkap muat je. Korang berhempas pulas study nak exam, dia relax je. Tapi bila result keluar, lebih kurang sama je keputusan dia dengan korang yang tak cukup tidur nak study. Lagi korang panas bila dia bakar line, "Alalala, kesian ek korang penat je study. Tengok macam aku, tak study pon boleh dapat result best," dan senyum sinis.

************************************************************************************

Apa agaknya persepsi korang lepas tu?