Pages

Sunday, March 25, 2012

IKHLAS TAPI JAUH?

Sejauh manakah kita ikhlas dalam berkawan? Adakah berkawan itu memerlukan walau satu sebab yang kukuh? Secara jujurnya, aku berkawan sebab aku suka berkawan. You get to know the world better by knowing people who live in it. Sebaik mungkin, aku berkawan tanpa prasangka. Pendek kata, kalau aku dengar kawan aku si L tu ada masalah dengan orang lain, aku akan fikir, 

"Oh, mungkin itu hal peribadi beliau. 
As long as you don't drag me into your girl fight, then I'm fine with it," 

Atau mungkin aku ada dengar kawan aku si J ada masalah dengan Along Bukit Beruntung, tapi masih tak bercakap mengenainya, it's okay. I don't really mind. You know, everybody has their own dirty little secret. 

TETAPI!!

Kawan aku ada cakap yang kita tak boleh sentiasa bersangka baik kat semua orang. Rambut sama hitam, hati lain-lain. We can't possibly read other people's mind. 

Jujurnya, aku berkawan dengan ikhlas. Macamana aku treat kawan kau P, macam tu jugak exactly aku akan treat kau. Walaupun aku tau si K menyimpan perasaan kat aku, aku tak boleh deny perasaan dia lalu terus memutuskan persahabatan dengan beliau. Aku masih respect perasaan orang lain. 

CUMA!!

Aku jadi terasa bila ada orang kawan dengan aku dan bersebab. Tak kisahla niat tu serong ke tegak ke, reverse whatever. Aku tak meletakkan syarat untuk berkawan dengan sesiapa pun. Takkan la just because aku dan W adalah rapat, maka kau pun suddenly move backwards? Disebabkan aku tak boleh tolong kau langsaikan hutang dengan Along Bukit Beruntung (lagi), maka kau pun tiba-tiba buat tak tau je dengan aku? Come on babe, this world doesn't evolve around you. Aku tak harap semua orang sukakan aku. Aku tak se-hawt itu okey. Plus aku sendiri belum tentu sukakan semua orang. 


So the question is; Sejauh manakah keikhlasan kau kawan dengan aku?




Friday, March 23, 2012

TANPA TAJUK 1

Rasa itu,
Membunuhku,
Tanpa sedar,
Memamah sekeping,
Hati sepi ini.

Kelukaan ini,
Terlalu pahit untuk ditelan,
Terlalu manis untuk disimpan,
Inikah realiti kehidupan?

Hati ini,
Terlalu sakit,
Untuk dikenang,
Indah bersama,
Cuma seketika,
Sakitnya,
Terasa selama.

Sayang ini,
Entah kenapa,
Sampai bila,
Masih beraja. 



When I look into the sky, I'll always see you.
I can see you, but I can't have you.
T_T


Tuesday, March 13, 2012

LUCK.

Last week ada Annual Dinner & Dance 2011. And to my surprise, aku bukan je naik pentas sekali, tapi 3 kali oke. Malunya saya. Hahaha.. 1st, untuk Perfect Attendance 2011. Aku dapat voucher F&B dgn cash money RM50. 2nd, aku naik lagi untuk Employee Of The Year 2011. Aku dapat percutian selama 3D 2N di Water Chalet Avillion Port Dickson. And, cash money RM500.00! Actually aku tak sangka aku dapat. Sebenarnya aku cuma tau nama aku naik untuk Perfect Attendance je. Bonus bila dapat Employee Of The Year. Hehehe.. Kali ke-3 aku naik pentas lagi untuk Lucky Draw. Tapi bukan untuk aku pun. Wakil je. Since aku yang paling dekat, semua orang tolak aku naik atas stage. Dah semua orang ingat peti ais berjenama LG tu aku punya. Cet!



By the way siapa cakap tahun ni aku takde luck? 



Been planning something for this coming April. Tapi masih menanti green light daripada beberapa orang. Bachelor party? Macam exaggerate sangat. Gathering sounds more fun. I was thinking to invite a few close friend, to be here at Port Dickson. Tapi yelah, since everyone is working, kekangan masa tu macam one of the biggest things to be worried. But I really hope everyone can come. At least sebelum u girls menjadi milik orang kan. Hehehe.. 



Saturday, March 3, 2012

Because of You...?

Balik dari kerja, rasa macam lapar. Tidak mahu menjana lemak tambahan, singgah 7E. Pusing-pusing, grab one Gardenia Butterscotch. Letak atas kaunter.


"Ini je? Lain takde?"
"Ini sahaja," senyum nipis. 


Bukak beg, gagau wallet. 


Sesaat.
.
Dua saat.
.
Lima saat. 
.
Eh??


Cari dengan mata. 
.
.
OMG!!

WHERE THE HELL IS MY WALLET?????



"Kalau saya cakap saya tertinggal wallet boleh tak?" 
Buat muka cantik, bayarkanla bro.. baru RM4.20!


"So ni nak cancel la ni?"
Aku senyum segan.
Dia senyum. Ada maknakah?


Flashback.


"Nurrul, nanti tolong pass duit ni kat Faridah ye,"
"Ok, esok saya jumpa dia saya bagi,"


SIMPAN DUIT DALAM WALLET & LETAK DALAM DRAWER!


The rest is history. 
.
.
.

Kenapalah aku tak teringat nak check bag sebelum balik??
Keranamu, Butterscotch. Sigh. 









Friday, March 2, 2012

Untuk Diriku.

Alhamdulillah. Bertambah setahun umur aku. Rasa macam tak percaya aku dah 20 24 tahun. Sekejap betul masa berlalu kan?

Cakap pasal ulang tahun, orang akan tanya. Hadiah apa yang paling gempak tahun ni? Atau; BF kau bagi hadiah apa? Hahaha.. Too bad, tahun ni aku tak dapat apa-apa yang special. Dapat ucapan tulus ikhlas daripada kawan-kawan, dah buat aku rasa terharu. Oh, aku masih di dalam ingatan mereka rupanya. *kesat-kesat air mata*

To you; I want to have a better life. So I'll work harder. Since I've nothing yet to be proud of, I won't give up.

To others; I know we were meant to be like this. We met, we've been friends, and the mistake I do is falling for you. If only I knew earlier, I'do anything to prevent it to be happen. But this is all destiny. You'll meet the wrong person before you meet the right one. Forgive me for falling to you. 



Thanks, U are as sweet as this chocolate. 
Maybe that's the reason I shouldn't be with u. :(