Pages

Thursday, August 23, 2012

RAYA OH RAYA 2012..

Hari Raya Ke-5, dan masih bekerja. This is my seriously-no-raya-celebration-year-ever! Why? Obviously, because I'm working on this raya season. And my leave only start on next week. Sigh. I don't have chance to kiss my parent's hand, and my aunts & uncles also. On the other side, I won't need to give 'duit raya' to my nieces!! Hahahahahaha... Save my money!





On Raya's Eve, I was sleeping over my Mak house. Since I can't celebrating the 1st Raya with my own mom, I decided to go to my other mom. Hahaha.. So I get to eat so called nasi impit, kuah kacang, and rendang! I'd managed to wear my baju raya for all day working, since it's Raya celebration. We're busy on that day because it was a public holiday, and school holiday also. And that night, I have another job waiting for me. Babysitting.

Yes, I become a nanny for 7, 5 & 3 years old kid. Since it was my 1st time ever, I was quite nervous and scared a bit. Buatnya anak orang tu guling-guling atas lantai melalak nak mak bapak dia, matila aku weh. To my surprise, they slept early. Very early indeed. I came to their room before 8pm, and the kids already on their bed. Ready to sleep. So as the parent went out, actually I was doing almost nothing. Nasib baik bawak buku untuk dibaca. Kot tak, silap-silap dengan aku sekali tido. Haha..mungkin budaya orang Inggeris tidurkan anak-anak diorang cepat kot. Ye, I jaga anak omputeh oke. Berabuk abes speaking dengan aku. Mujur telinga agak peka. Kot tak, malula nak cakap, "Pardon me, sir?"

After 11pm, I'd had dinner with my colleague at MCD. Jadah betul raya makan MCD. Dah, kedai mana ada bukak. Mamak pon raya kot. Kelakar betul. MCD tak nak macam full gila pulak tu. Adoi, abes dah lapar nak buat macamana? MCD pon MCD laaa... The next day, I'd attend the same guest for babysitting service. And their routine are same as the day before. Budak-budak tu memang tido awal. Lepas parent dia keluar, aku sambung baca buku semalam. Sesekali aku menjengahla diorang tido. Sama macam semalam. But then the parent came back earlier. 10:30 pm camtu dah balik. Sebelum balik tu sempat gak borak-borak dengan mak dia. Diorang friendly tau.

"Do they sleep?"
"Yes maam, they sleep well,"
"Oh, good then. But you know, Izzy told me yesterday she'd notice you come to the room few times," 
Izzy ialah anak perempuan dia yang sulung. 

"Oh, really? I'm sorry maam, I don't know that she'd noticed me," 
"It's okay, she just said that hopefully you come only once tonight," 
pastu mak dia ketawa. 
Seriously aku tak sangka budak tu perasan aku dok jengah diorang. 

"Maam, actually I'd bring something for the kids. But since they sleep early, I don't have chance to play with them. Could you please give it to them? It's from me," 
Aku tunjukkan dia buku mewarna dengan buku cerita 'Little Red Riding Hood' kat mak dia. Aku memang beli untuk budak-budak tu. Mana tau nak isi masa lapang ke. Sekali diorang tido awal, aku bagi jelah. Bukan main suka lagi mak dia tu.

"Can you write something for the kids? I'm sure they will love it very much," 

To Izzy, Rosy & Freddie. 
Hope to see you all again.
Have a nice vacation.. 
From : Nurrul.

By the way, siapa cakap orang putih sombong? Bukan semua orang oke. They are the good example. They don't mind me, a Muslim wearing tudung looks after their children. They even wish me for Hari Raya. Siap tanya diorang ni tak menganggu aku nak beraya ke apa.

Malam tu, aku balik rumah dan lapar. Tau aku makan apa? Scrambled egg & bread. Sodeh acik haa.. Raya ke2 makan roti jek. Pastu tepon mak aku tanya mak aku masak apa aritu. Pastu guling - guling atas lantai nak balik Segamat. Cis, dasar emo! Pastu tengok gambar family kat FB, touching lagi. Haih.


Dari kiri; Encek Juakhir, Puan Thalha, Kak Yah.
Duduk dari kiri; Kakak, Kak Chik.
Tiada dalam gambar; Aku, Angah.


Friday, August 17, 2012

SALAM AIDILFITRI.

Pejam celik, eh! Tinggal lagi 2 hari je nak puasa. Lepas tu, Aidilfitri datang menjelma. Sekejap betul masa berlalu. Macamana persiapan raya? Honestly, I only bought a pair of baju kurung. No new handbag, no new pair of shoes. Sebab apa? Tahun ni I tak balik raya.. Huwaaaaaaaa.... Mintak maaf Ibu, Abah, Angah, Kak Yah, Kak Chik, Kakak. Along tak balik raya tahun ni. Terpaksa beraya di perantauan. *Kesat-kesat airmata*

Okay, stop all the tears. Ni nak cerita pasal common things bila dalam bulan Ramadhan. Cuba teka apa dia. Terawih? Nope. Bazaar Ramadhan? Nope. Bazaar raya? Nope. Pasaraya? Totally wrong. Zakat Fitrah. Pernah dengar? Biasa dengar? Tak pernah dengar? Jangan segan, jom kita share sedikit ilmu.

Zakat fitrah, zakat Ramadhan, atau zakat badan adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada perbuatan keji dan buruk. Juga untuk dijadikan keperluan golongan asnaf pada 1 Syawal.

Kadar untuk zakat fitrah adalah berbeza mengikut tempat. (Maafkan saya jika saya tersilap). Sebagai contoh kat Negeri Sembilan, kadarnya ialah RM6.50 sahaja. Syaratnya anda mestilah seorang Muslim, dan mempunyai ksesuatu (makanan, wang, harta) yang lebih untuk berbelanja ke atas diri dan tanggungan pada 1 Syawal itu (siang dan malam). Dapat menemui masa pada akhir Ramadhan dan awal Syawal.


Waktu Wajib : Tenggelamnya matahari pada 30 Ramadhan sehingga terbit fajar keesokan harinya. 
Waktu Afdhal : Sebelum Solat Sunat Aidilfitri. 
Waktu Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan. 
Waktu Makruh : Selepas Solat Sunat Aidilfitri, sehingga terbenam matahari pada hari itu. 
Waktu Haram : Selepas terbenam matahari 1 Syawal. 


Cara pembayaran pun mudah sangat. Boleh pergi kat mana-mana Kaunter Zakat, Pusat Zakat, masjid - masjid, malahan secara online mudah bukan? Ala, topup handphone sampai RM20, RM30 boleh takkan bayar zakat fitrah tak sampai RM10 pun susah kot? Alhamdulillah, aku dah tunaikan tanggungjawab aku. Korang macamana?



Okay, back to Hari Raya mood. Di kesempatan ini aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya untuk semua yang mengenali dan tak berapa nak kenal pun aku nak ucap jugak. Hehe.. Maafkan atas kesalahan dan kesilapan dan yang balik kampung tu, drive safely. 1 Syawal tu jangan dok hentam semua juadah pulak. Ingatlah pada orang-orang yang kurang bernasib baik. Mentang-mentangla dah puasa sebulan, makan pun macam orang yang tak jumpa nasi sebulan ye? Elok-elok on diet programme mase Ramadhan menunjukkan good progress, langsung hancur lebur bila tiba 1 Syawal.. Hahahaha.. Silap-silap kang tak muat pulak pakai baju raya.



Tuesday, August 7, 2012

AHLAN YA RAMADHAN.

Sekejap je dah masuk Ramadhan 17. How's all of your fasting days? Dah ada ponteng ke? Hehehe.. Alhamdulillah masih penuh sehingga hari ini. Misi : PUASA PENUH SEBULAN! :D


Biasalah bila puasa, untuk orang bujang macam aku ni tak sah la kan kalau tak ke bazar Ramadhan. Rajin sangat la aku nak masak, dok kelentung kelentang kat dapur yang tak seberapa tu. Hahaha.. Orang lain aku tengok meriah dok beli juadah berbuka. Dengan kuih, dengan air, dengan lauk, nasi segala. Aku ni puas dok pusing sampai 2,3 kali tak tau nak beli apa. Usually I'll ended up by having a couple of popia, dan beli nasi ayam / nasi bungkus for dinner. Berbuka? Enough with hot milo, and the kuih. Pastu kenyang dah. Kadang tu makan dinner pukul 10 mlm. Entah apa yang kenyang sangat aku pun tak tau la. But then I wonder macamana orang lain yang beli makanan berkoyan-koyan tu nak finish up all of the foods. Huhu.. Elakkanlah daripada membazir di bulan Ramadhan ni. Nanti takde duit nak shopping raya! Membazir kan amalan syaitan.



Oh, last week Cik Boss telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa kat Selesa Beach Resort. Makanan adalah marvellous. Dan banyak juga. Ada local food, western food, barbeque item, desert delicacies, oh, not to mention Nasi Briani Kuzi Kambing adalah lazat! Even though I'm not so into briani and kambing itself. But it's worth it to try. Nasib baik balik takde yang mengembek. Hahahaha.. Say no more, let the picture spoke. :)