Pages

Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Thursday, August 23, 2012

RAYA OH RAYA 2012..

Hari Raya Ke-5, dan masih bekerja. This is my seriously-no-raya-celebration-year-ever! Why? Obviously, because I'm working on this raya season. And my leave only start on next week. Sigh. I don't have chance to kiss my parent's hand, and my aunts & uncles also. On the other side, I won't need to give 'duit raya' to my nieces!! Hahahahahaha... Save my money!





On Raya's Eve, I was sleeping over my Mak house. Since I can't celebrating the 1st Raya with my own mom, I decided to go to my other mom. Hahaha.. So I get to eat so called nasi impit, kuah kacang, and rendang! I'd managed to wear my baju raya for all day working, since it's Raya celebration. We're busy on that day because it was a public holiday, and school holiday also. And that night, I have another job waiting for me. Babysitting.

Yes, I become a nanny for 7, 5 & 3 years old kid. Since it was my 1st time ever, I was quite nervous and scared a bit. Buatnya anak orang tu guling-guling atas lantai melalak nak mak bapak dia, matila aku weh. To my surprise, they slept early. Very early indeed. I came to their room before 8pm, and the kids already on their bed. Ready to sleep. So as the parent went out, actually I was doing almost nothing. Nasib baik bawak buku untuk dibaca. Kot tak, silap-silap dengan aku sekali tido. Haha..mungkin budaya orang Inggeris tidurkan anak-anak diorang cepat kot. Ye, I jaga anak omputeh oke. Berabuk abes speaking dengan aku. Mujur telinga agak peka. Kot tak, malula nak cakap, "Pardon me, sir?"

After 11pm, I'd had dinner with my colleague at MCD. Jadah betul raya makan MCD. Dah, kedai mana ada bukak. Mamak pon raya kot. Kelakar betul. MCD tak nak macam full gila pulak tu. Adoi, abes dah lapar nak buat macamana? MCD pon MCD laaa... The next day, I'd attend the same guest for babysitting service. And their routine are same as the day before. Budak-budak tu memang tido awal. Lepas parent dia keluar, aku sambung baca buku semalam. Sesekali aku menjengahla diorang tido. Sama macam semalam. But then the parent came back earlier. 10:30 pm camtu dah balik. Sebelum balik tu sempat gak borak-borak dengan mak dia. Diorang friendly tau.

"Do they sleep?"
"Yes maam, they sleep well,"
"Oh, good then. But you know, Izzy told me yesterday she'd notice you come to the room few times," 
Izzy ialah anak perempuan dia yang sulung. 

"Oh, really? I'm sorry maam, I don't know that she'd noticed me," 
"It's okay, she just said that hopefully you come only once tonight," 
pastu mak dia ketawa. 
Seriously aku tak sangka budak tu perasan aku dok jengah diorang. 

"Maam, actually I'd bring something for the kids. But since they sleep early, I don't have chance to play with them. Could you please give it to them? It's from me," 
Aku tunjukkan dia buku mewarna dengan buku cerita 'Little Red Riding Hood' kat mak dia. Aku memang beli untuk budak-budak tu. Mana tau nak isi masa lapang ke. Sekali diorang tido awal, aku bagi jelah. Bukan main suka lagi mak dia tu.

"Can you write something for the kids? I'm sure they will love it very much," 

To Izzy, Rosy & Freddie. 
Hope to see you all again.
Have a nice vacation.. 
From : Nurrul.

By the way, siapa cakap orang putih sombong? Bukan semua orang oke. They are the good example. They don't mind me, a Muslim wearing tudung looks after their children. They even wish me for Hari Raya. Siap tanya diorang ni tak menganggu aku nak beraya ke apa.

Malam tu, aku balik rumah dan lapar. Tau aku makan apa? Scrambled egg & bread. Sodeh acik haa.. Raya ke2 makan roti jek. Pastu tepon mak aku tanya mak aku masak apa aritu. Pastu guling - guling atas lantai nak balik Segamat. Cis, dasar emo! Pastu tengok gambar family kat FB, touching lagi. Haih.


Dari kiri; Encek Juakhir, Puan Thalha, Kak Yah.
Duduk dari kiri; Kakak, Kak Chik.
Tiada dalam gambar; Aku, Angah.


Friday, February 26, 2010

Off Day.

Ok, aku dah lama menghilangkan diri daripada dunia maya.. So, ni aku nak bagitau serba sedikit update diri sendiri..

Sekarang macam dah tak tinggal kat Seremban. 22 Februari haritu adalah tarikh aku mula praktikal kat Avillion Port Dickson. Kira sekarang ni aku dah jadi orang PD la pulak kan. Dok kat PD ni memang macam best. Ada pantai, ombak, laut, banana boat, tapi yang tak best nya tu, LINE CELCOM 3G TAKDE OK KAT SINI! Atau dalam bahasa lainnya, AKU TAK BOLEH PAKAI BROADBAND AKU!!! Padahal xdelah ceruk mana pon aku tinggal. Kat PD Perdana Condo Resort je. Situ pon xde line ke? Sakit hati betul. Sudahnya terpaksalah menaiki teksi lalu menuju ke cc. Sedih kan? Kerja hari2 8 jam dan mengikut shift. Kalau nasib baik, dapatla shift 9-5. Kalau xbape baik, dapatla shift 7-3. Kalau lagi xbest, dapatla shift 3-11 mlm. Mujurnya harini aku off. So, dapatla sambut birthday sendiri. Hehehe.
SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE 22 BUAT DIRI SENDIRI.


Act nak upload sekali gambar kek yang housemate aku beli utk sambut besday aku, tapi tibe2 macam lupe plak nk kuarkan daripada handphone. Gambar ni hiasan semata-mata tau.. Ini kan kat cc.. Mane datang ade kabel lak nak cucuk. So kawan-kawan, mintak maafla tak dapat nak membelog sekerap dulu.. Pasni jadi sekerapla belog aku nih. Hahaha..

p/s : utk H, jgn lupe jnji u nk dtg Mac nt ok.. i'll be waiting.. :)


Tuesday, September 1, 2009

Sayonara Ogos!


Jumaat minggu lepas adalah hari terakhir aku praktikal. Sedihnya nak tinggalkan office tu. Yelah, walaupun aku hanya 3 bulan je kat sana tapi rasa macam sayang plak nak tinggalkan semua2 tu. Hehehe.. Diorang semua pun baik dengan aku, so rasa macam one big family la pulak kann.. 

So, sekarang adalah masa untuk aku sepatutnya siapkan report praktikal. Adehla, tibe-tibe macam tak tau plak nak tulis ape dalam tu. Sepatutnya dah submit last week, tapi disebabkan aku belum siap, plus tak sempat maka aku mintak tangguh untuk hantar minggu ini. Berusaha!

Starting September ni, aku dah pindah rumah baru. Dah tak tinggal kat Parit Tiram lagi dah. Sekarang rumah aku kat Jalan Joned. Tau tak kat mane? Haaa, carilah sendiri! Aku sendiri masa 1st time datang bawak motor, xnak macam sesat barat plak kan aku. Hahahaha.. Entah ceruk2 mane je aku masuk. Mujurla jumpa rumahnya. Ni esok2 mak aku nk datang mesti aku payah nk bagi direction. Sedangkan umah kat Parit Tiram tu pun berpusing2 abah dibuatnya, inikan pulak rumah yang baru ni. Entah mana agaknya tersesat. Hehehehe.. Takpe2, nanti aku buat peta jelah bagi kat bapak aku.. 

Monday, August 3, 2009

Bulan Baru, Mood Baru!!

Sekejap betul dah bulan 8 kan? Rasa macam baru je semalam aku ni mula praktikal. Tiba-tiba bulan ni last pulak praktikal kat sini. Dah rasa sayang pulak nak tinggalkan office ni nanti. Maklumla, semua orang kat sini pun baik-baik belaka. Kenapalah aku tak boleh terus masuk kerja kat sini? Ni nak kena mintak guna SPA la, ape la. Huhuhu... 

After all the things happens in July, I wanted to start this new month with something new. Rasa nak berubah angin pun ada ni. Hehehehe.. Sesekali berubah angin tak salah kan. Bak kata seseorang, untuk apa kita tunggu sesuatu yang belum tentu akan jadi milik kita? So, aku pun mengambil keputusan untuk go on dengan hidup aku. Menerima kehadiran orang baru dalam hidup, bersedia untuk memulakan hidup baru di tempat baru, belajar untuk menyesuaikan diri nanti. Haih, rasa macam berdebar-debar pulak bila cerita pasal ni.. 

Sekarang sedang menonton drama Zettai Kareshi, drama mengenai robot kekasih. Best drama ni. Tak dapat aku bayangkan kalau satu hari nanti wujud robot kekasih di mana kita boleh programkan untuk menjadi seperti kekasih idaman kita. Hahahaha... Kreatif betul orang Jepun ni. Macam-macam idea diorang nak cipta drama. Takdelah rasa bosan macam drama yang aku tonton selalu kat tv. Klise je memanjang.. 

Wednesday, July 15, 2009

Akhirnya!!


Setelah seminggu, akhirnya broadband aku dah boleh digunakan. Yosh! Rasa nak lompat-lompat je tadi bile boleh guna.. Hehehehe.. Tengok ni, siap tukar template segala bagai, alang-alang dah boleh guna kann.. Yelah, network pejabat takdelah selaju broadband ni. Suke I! Nasib baik la semalam pergi gak ke Centre tu. Kalau tak, entahkan tahun gajah ke,  tahun katak ayam ke tahun katak baru boleh guna agaknya! Rupanya masalah die simple je. Nak tau ape problem die? Aku cuma kena setting balik kat Network Configuration Setting tu, pastu create profile baru. Caiitt! Macam berat sangat sampai seminggu tak boleh guna! 

Minggu ni kat pejabat agak sibuk, sebab minggu depan audit nak datang. Sekali la dengan ISO tu. So, ada banyak kerja yang berkaitan dengan fail-fail yang perlu disemak. Huhuhu, sungguh leceh.. Yelah, fail daripada zaman tok Adam, zaman dinasor sume ada! Haih. Minggu ni cz ckp die nak gi JB, tinggalla aku Dayah berdua. Weh cz, kau tu kang dah pergi JB jangan lupe balik sini plak! Kita nk gi jalan kan wiken ni? Hehehehe...

Tuesday, July 7, 2009

Broadband, oh broadband!

After a long weekend, finally I'm able to do a little update.. Kinkin came by and slept at our place last Saturday. It seems like she's doing just fine there, going along with the practical and she said that she has lost 3kg back there. Hey, are you sure? You still look the same to me.. Hahahahaha..

This week is quite hectic! I'm so tired, plus sleepy but I can't sleep. Huhuhu.. I've got a load of work to be done, files that need to be update, and the best part is, I CAN'T CONNECT MY BROADBAND!!! It started since last Thursday. First, I thought it might have problem due to the weather because it was raining heavily on the day. So I just ignore it. But the problem continue as days go by until today! I've called the **L**M Careline, but they can't help much. I only able to connect via GPRS only. Tahun gajah ke tahun katak ke tahun naga agaknya baru siap load 1 page! They kept giving me the same answer,


"I'm sorry miss, but it seems like your place is having problem with 3G. Somehow, it is unstabile by now,"


"Miss, there might be too many broadband user at your place right now. So, thats why you can't connect using the 3G,"


"I'm sorry miss, but we are having trouble with the line right now. While we're trying to collect the data from all the customer, please be patient and use the GPRS instead,"


WTH????? So if there are too many user using the phone line, then that means I can't make a phone call? If there are too many user using the Yahoo!, then that means I can't check my mail? WTH???

Lucky me I can go online with office network! Maybe I can't download the latest Bleach episode, or download the latest mp3 but at least I can update here. I wonder how long this problem will last, so peeps! Don't ask me this question :

"Hey, kenapa malam tadi kau tak online?"


Tuesday, June 30, 2009

Untuk Hari Ini!!

Wah, penat betul seminggu dua ni.. Maklumlah, banyak kerja sikit.. Hehehehe.. Padahal bukan kerja apa pun. Tapi serius memang bz. Kepada semua yang rajin buzz2 kt YM tu, I nk mintak maaf banyak2 lah ye klu xsempat nk buzz korang balik.. 

Pagi tadi ada Majlis Perpisahan untuk 5 orang Pegawai Pemantau Harga (PPH) yang dapat tawaran jadi guru. Dan termasuklah 3 pelajar praktikal dpd UPM aritu. Shalu, Chua dengan Aien. Yang datang cuma Aien sorang je, katanya Shalu pergi Singapore b ercuti kat rumah kakak dia. Chua? Ada hal lain. Macam kelakar plak bila tengok Aien kena berucap tiba-tiba. Yelah, dia sendiri pun tak sangka nak kena bagi ucapan kan. Sekali nama dia plak yang kena panggil 1st skali, hehehe.. Maknanya I pon nak kena sediakan ucapan ke nanti? Hehehe.. Takpe, Maul. Lambat lagi oke nk abes. Ade lagi 2 bulan!

Tadi I berYM dengan Kinkin di celah2 kesibukan.. Sibuk tanya pasal plan wiken ni. Iye, aku tau kau nk datang, slow2 la beb. Dah confirm nt kang aku kaborle.. Tu mesti xsabor2 nk nk gi Mahligai Gading  die tu! :)) Nanti kita berkarok sampai xde suara oke!

Petang tadi abah mesej I, bgtau dia ada kat hospital. Dia tolong hantarkan orang pergi hospital, I sebagai anak yang baik datangla ke hospital.. Siap bawak manggis lagi! Tengok mesej yang abah hantar, dia cakap dia kat tempat parking kereta. Apalah agaknya yang abah buat kat situ? Bila I sampai, tengok abah kt seat belakang. Tido ke hapa? Sekali bila I tengok betul2, abah tengah buat karipap! Dengan mesin penggelek nya, dengan acuannya, dengan inti nya, dengan tepung nya. Nasib baik takde kuali dengan dapur gas! Tepuk dahi I sekejap.. hahahahaha..

notakaki :: oi kin, dtg nt jgn lupe belikan aku sikat yang baru! 

Wednesday, June 24, 2009

Salah Siapa?

Haih, masuk hari ni je dah 3 hari berturut saya kena duduk kat kaunter pertanyaan. Bosan? Tak berapa nak sangat la. Lagipun kat depan ni ada tv, siap Astro lagi! Bolehla layan anime yang dah lama ditinggalkan di rumah. Hehehehe.. Orang lain mesti berhangin je kat bawah. Yelah, mana tau tengah syok layan muvie jiwang-jiwang, saya boleh plak tukar channel tengok anime Slam Dunk la, Yuyu Hakusho la, Samurai X la. 

Hari ni pegawai ramai yang takde. Ada yang cuti, ada yang pergi kursus. Ni yang tak suka ni. Bayangkanlah bila ada orang telefon nak cakap dengan seseorang.

 Saya : Selamat pagi, pejabat xxx. Boleh saya bantu?
 
Pemanggil : Selamat pagi. Boleh saya cakap dengan Encik Y?
 Saya :
Sebentar ye, saya akan sambungkan.

Baru nak goyang kaki, tiba-tiba panggilan tadi ditransfer kembali pada saya. Alamak, Encik Y ni takde ke?

 Saya : Maaf Encik, nampaknya Encik Y tiada di pejabat beliau. Mungkin beliau keluar untuk tugas rasmi, 
 Pemanggil :
Ye ke? Kalau macam tu, sambungkan saya pada mana-mana pegawai yang bertugas.
 Saya :
Sebentar ye Encik.

Saya ingat dah settle, kejap lagi panggilan tadi di transfer balik! Saya dah risau. Kenapa semua   orang tak nak angkat telefon ni?

 Saya : Maaf Encik, Pegawai tadi pun dah keluar. Saya rasa..
 Pemanggil :
Kalau pegawai semua keluar pergi minum, cakap jelah diorang pergi minum! Tak perlulah sampai sambung sana, sambung sini dan tapi takde orang!

Dan beliau terus letak telefon. Saya terdiam. Apa saya nak jawab? Diorang memang ada tugas kat luar, nak buat macamana? Haih. Sekarang ni, bila ada call yang ditransfer balik, rasa macam tak nak angkat pun ada. Fobia seyy!