Haih, masuk hari ni je dah 3 hari berturut saya kena duduk kat kaunter pertanyaan. Bosan? Tak berapa nak sangat la. Lagipun kat depan ni ada tv, siap Astro lagi! Bolehla layan anime yang dah lama ditinggalkan di rumah. Hehehehe.. Orang lain mesti berhangin je kat bawah. Yelah, mana tau tengah syok layan muvie jiwang-jiwang, saya boleh plak tukar channel tengok anime Slam Dunk la, Yuyu Hakusho la, Samurai X la.
Hari ni pegawai ramai yang takde. Ada yang cuti, ada yang pergi kursus. Ni yang tak suka ni. Bayangkanlah bila ada orang telefon nak cakap dengan seseorang.
Saya : Selamat pagi, pejabat xxx. Boleh saya bantu?
Pemanggil : Selamat pagi. Boleh saya cakap dengan Encik Y?
Saya : Sebentar ye, saya akan sambungkan.
Baru nak goyang kaki, tiba-tiba panggilan tadi ditransfer kembali pada saya. Alamak, Encik Y ni takde ke?
Saya : Maaf Encik, nampaknya Encik Y tiada di pejabat beliau. Mungkin beliau keluar untuk tugas rasmi,
Pemanggil : Ye ke? Kalau macam tu, sambungkan saya pada mana-mana pegawai yang bertugas.
Saya : Sebentar ye Encik.
Saya ingat dah settle, kejap lagi panggilan tadi di transfer balik! Saya dah risau. Kenapa semua orang tak nak angkat telefon ni?
Saya : Maaf Encik, Pegawai tadi pun dah keluar. Saya rasa..
Pemanggil : Kalau pegawai semua keluar pergi minum, cakap jelah diorang pergi minum! Tak perlulah sampai sambung sana, sambung sini dan tapi takde orang!
Dan beliau terus letak telefon. Saya terdiam. Apa saya nak jawab? Diorang memang ada tugas kat luar, nak buat macamana? Haih. Sekarang ni, bila ada call yang ditransfer balik, rasa macam tak nak angkat pun ada. Fobia seyy!
4 comments:
hahahahaha..
sabar jela...
hahahaha..
tu la psl..
mmg da clear slh ko...wawawaa
meh2 aku aja...len kli cbut je wyar blkng phone 2...
abis cte!!!
hahaha..
klu pejabat tu bapak aku punye xpela..
Post a Comment