Pages

Saturday, September 26, 2009

Selamat Hari Raya!!


Selamat Hari Raya semua! Hehehe, ye aku tau dah agak lambat untuk wish tapi aku nak wish jugak.. Sekarang dah masuk raya yang ke tujuh dan aku masih lagi di Segamat. Tak sabar nak balik Muar esok.. Hehehe..

Raya pertama aku adalah di sebelah family mak aku, merangkap selang satu kampung je daripada rumah aku sekarang ni. 2 hari sebelum raya adik-beradik mak aku dah penuh berkumpul kat umah atuk aku. Meriah jangan cakaplahkan, budak2 adelah ramai oke. Bayangkanlah sepupu aku mostly dah kahwin dan anak paling kurang ada 2. Paling ramai ada 4, dan ada lebih kurang 4 atau 5 biji kereta kat rumah atuk aku. Meriah tak meriah? Sampaikan ada je anak saudara (anak kepada sepupu adalah anak saudara kan?) yang aku belum pernah jumpa. Hehehe... Tiba-tiba je ada muka baru dalam family. Soalan macam, “Eh, ini anak siape ah?” adalah kerap terkeluar daripada mulut aku ni hah. Maklumlah, bukan tinggal dekat2 nak jumpa selalu.. Tau-tau je dah besar. Hehehehe.. Yang masih best raya tahun ni ialah aku masih dapat duit raya! Trend kat sini, selagi belum kerja akan dapat duit raya daripada makcik/pakcik/sepupu yg dah berkahwin.. Kalau dah kerja, memangla kena bagi duit raya kann.. Tapi kalau belum kahwin dan dah bekerja, anda cuma akan menerima duit raya daripada makcik/pakcik SAHAJA! Itu pun nasib baik kalau diorang nak bagi oke..

Raya kedua aku xde ke mana pun. Plus balik kampung family bapak aku kat Sungai Mati, Muar. Kat sana yang ada cuma adik-adik kepada bapak aku, means makcik-makcik aku la kan. Takdelah meriah sangat tapi yang best tu sebab ade mercun dan bunga api. Biasela, aku tumpang seronok je tengok adik2 aku main mende2 alah semua tu. Aku tak berapa minat sangat. Dah besar-besar ni rasa pelik plak bila nak pegang-pegang mercun dgn bunga api. Hehehe.. Raya ketiga baru aku keluar rumah. Itupun xde kemana sangat. Pergi rumah Yayah kat Parit Bakar, dengan rumah kawan adik aku kat Kg Parit Pinang Seribu. Memandangkan Yayah masuk kerja esoknya, aku offer die ikut aku beraya so nanti aku hantarla dia balik taman kitorang tinggal tu kan. Lepas keluar daripada rumah kawan adik aku tu lah tragedi sedih ini berlaku..

Aku plan nak balik awal since mak aku cakap dia nak pakai kereta. So bila aku tengok jam, baru pukul 2 petang, sempatlah aku nak hantar Yayah balik taman dan pastu straight balik Sg Mati. Plus petang ada date nak ke Melaka, jadi aku memang nak balik awal la. Keluar je daripada rumah kawan adik aku tu, aku dah rasa lain macam. Lepastu kereta macam tak nak pergi bila aku tekan minyak. Aku dah cuak dah. Adik aku dengan Yayah tak perasan apa-apa lagi masa tu. Bila tiba-tiba enjin mati, aku cepat-cepat pulas stereng ke tepi jalan. Aku cuba bawak bertenang walaupun adik aku kat sebelah dah panik. Yelah, kereta tak boleh start, siapa tak panik? Aku tarik nafas, baca macam-macam doa sebelum start enjin lagi sekali dan.....! Masih lagi tak boleh hidup. Tengah aku nak tutup mulut adik aku yang panik kat sebelah, ada sorang pakcik berhenti sebelah aku, “Kereta tak boleh start ye dik?” Aku sengih je. Dan bermulalah penantian seorang aku di tepi jalan dengan kereta yang rosak selama 4 jam!

H datang lepas dia balik pejabat. Dia datang bawak air yang aku rasa paling sedap aku pernah minum hari tu. (Padahal air tin je) Maunya tak, 4 jam berpanas kat tepi jalan dengan matahari mencanak-canak atas kepala, tekak kering toksah cerita la kan? Masa tu kereta belum siap lagi. Dia ketawa je dengar cerita aku.  “Itulah, jauh budak bertuah ni jalan,” Panggil aku budak bertuah?? Sabor jelah.. Kereta siap pukul 6 lebih. Aku hantar Yayah balik taman, pastu balik. Dahla jammed daripada Parit Bunga sampai Rawang, sudahnya sampai rumah pukul 7:40 malam. Mak aku siap tanye masa aku sampai umah, “Serik tak bawak kereta?” Aku sengih je. Hilang cerita pergi Melaka, so H ajak lepak Tanjung jelah.. Mana lagi nak pergi kan kat Muar tu? So, melepakla aku kat sane dengan adik aku skali. Kelakar betul aku rasa hari tu. Kereta rosak lah, jammed la, ape la. Haih, meriah sungguh raya tahun ni.

5 comments:

s.c.h.u.l.t said...

tabahlah menempuh dugaan syawal..hehe :D

nasib baik H bwk air tin.klo bwk diri je mau jd rimau sebab kehausan~ ;))

Asmaul Juakhir said...

tau xpe syud..
hahahaha..

Unknown said...

4 jam? mak aih. gile lame

Aina Rieqa said...

hahahahaha..
padan muke ko..
rasekn..
hahaahaha.......
nsb baik siang..
lau malam menangis la ko tepi jalan tu..huhuu..

Asmaul Juakhir said...

ucu :: sedih kan?huhuhu..
cz :: tau xpela dokk!!