Pages

Friday, October 30, 2009

Sedikit ...



Baru balik dpd Kajang. Teman H pergi kursus. [Hakikatnya aku duduk diam2 je sepanjang hari. Malam baru keluar.] Tak kisahla tu. Masa dipenuhi dengan menonton tv, sesi bercakap sorang-sorang bersama tilam dan bantal, dan sesi berangan sepenuh masa sebab dah rasa nak muntah menghadap tv daripada pagi sampai petang.


Disebabkan H pon agak penat berkursus, kitorang pon xdelah jalan jauh sangat. Setakat pusing2 mall kat area yang berdekatan je. Pukul 11 dah balik, sebab dia dah mengantuk. Aku ni kemainla payah nak tidur. Ape je yang aku tak try untuk melelapkan mata? Kira kambing hitam, kambing putih, ayam, lembu semua ada. Tak jugak lelap2. Siap salah kira tapi mata tetap tak mahu pejam. Huh! Stress sungguh bila tak boleh tido ni. Ingat siang hari tu nak meronda sorang2 tapi tak jadi. Tau apa H pesan kat aku sebelum dia keluar gi kursus? "Yang, u nak jalan sepah2 nanti tengok2 dulu tau. Jangan jalan kalau public tak ramai. Yelah, kalau u tak cantik pon orang kalau nak culik boleh je. Diorang bukan kisah cantik ke tak cantik," Sedang cakap I tak cantik ke?? Fine. Fine. I duduk jelah diam2. Cakap jela tak bagi I jalan sorang2. Huh!


Pagi tadi baru siap packing barang untuk pindah. Takdelah 100% siap kan, 90% je. Tinggal barang remeh-temeh je ni. Lepas ni aku akan ke Seremban untuk amik kursus jangka pendek selama 6 bulan. Tinggallah kasih, tinggallah sayang, I pergi tak lama okeh! :D So, sape-sape yang nak ajak I melepak, jemput2la datang Seremban. Hehehehe..


Macam risau plak nak pergi tempat baru ni. Maklumla, jauh dengan parent, jauh dengan H, jauh dengan kawan-kawan, ish, jauh dengan sumelah senang cite. Padahal kata mak aku, "Ape yang jauhnye? Padahal Seremban lagi dekat dengan Segamat berbanding Kota Tinggi, (sebab adik aku kat Kota Tinggi amik Nursing) ke sebab jauh nak balik Muar?" Dem! Mak aku ni pandai je men tembak2. Yelah, tapi Kota Tinggi tu bunyi Johor lagi kan? Seremban kan dah bunyi Negeri Sembilan. Huhuhu.. Takpe Maul, bear with it. 6 bulan je kan? Tak lama. Sesekali bolehla balik jumpa yang tersayang family. :D



6 comments:

nora ashikin said...

ape pulak turun seremban, turun muarla~ muar kan kampung halaman kite..hiks!

oke2,karang2 kalau aku free aku datang seremban keh? ;)
pintu rumah terbuka tak untuk aku?
kalau taleh tape~~

Asmaul Juakhir said...

kampung halaman eh?
hahahaha..
act muar mmg kg aku pon kann..

uihh..
sape kate taleh datang?
datangla..
with arms wide open i tgu yuh!
:D

s.c.h.u.l.t said...

hoho. seremban padang permainan I. (eceh. suka hati cakap macam ni)

bertabahlah ye. seremban not bad. ada banyak kedai.err.apa motif tah cakap macam ni. HE HE

Asmaul Juakhir said...

kedai ape syud?
;))

Anonymous said...

seremban??? maul! selamat datang ke seremban dan selamat bertemu! hohoho... seremban kat area mana? saya selalu ke seremban. dari seremban ke rumah saya 20 minit je. hehehe... (hint tu) ;)

-riri-

Asmaul Juakhir said...

aik riri, knape jadi anon plak nih?
hehehehe..
seremban kat dataran sentral, dekat dgn muzium n9..
wah, bolehla lepak nanti ek?
*wink*