Pages

Friday, August 21, 2009

Selamat Datang Ramadhan


Ramadhan datang lagi! Hari ini aku balik Segamat, kot. Hahahaha.. Tiba-tiba macam tak berapa nak pasti pulak. Yelah, semalam masa Ibu call tanya pasal gula aku dah cakap yang aku nak balik hari ni. Takkan aku nak mengangkut gula sampai 6 bundle dengan bas? Gile ah! Hehehe.. Niat aku nak sahur kat rumah, plus Esya pun balik ari ni. Cz jangan tanya la.. Semalam lagi mak dia dah datang angkut dia dengan barang-barang dia balik Segamat. Kalau aku tak balik harini, maknanya aku kenala sahur sorang-sorang. Pergh, sedih gila bunyinya. Hahaha..

Minggu depan, last week aku praktikal sini. Perasaan aku? Seronokla! Sebab secara unofficialnya aku dah habis belajar. Mulalah fasa baru dalam kehidupan aku iaitu: Job Hunting. Perancangan aku? Dulu mula-mula aku ada merancang nak ke JB, dan lepak sana. Tiba-tiba ada perubahan rancangan pulak. Aku tak jadi pindah JB, dan aku stay + cari kerja sini. Kenapa? Hehehe.. Adelah.. *batuk batuk* So minggu depan pun last aku tinggal kat rumah sekarang ni. Aku nak pindah rumah baru sekali dengan Esya. Kepada sesiapa yang berkenaan *batuk batuk*, jangan lupe carikan I kotak ye. I nak angkat barang. Hehehehe..

Okeyla, aku nak ucapkan selamat menyambut ketibaan Ramadhan yang penuh berkat, penuh dugaan dan penuh perut. (eh?) Hahahaha.. Beringat-ingatlah bila nak berbuka ye. Jangan dok syok sangat beli juadah, sampai tak termakan. Selamat berpuasa!

9 comments:

anom baha said...

slmt brpuasa gak!!!!
slmt buncit!!
waaaaa...pndah la jb...pndah la...
aku mnantimu d sni...wawawaaa

Asmaul Juakhir said...

kau la yg muncet..
hahaha..
makan banyak gile..

jb?
hehehe..
no komenla nom..
*jeling seseorang*

H said...

Alo cik A', untuk pengetahuan cik A', kotak masih dlm pringkt order.. (^_^)

Asmaul Juakhir said...

eh, I takde cakap ape2 punla..
hehehehe..

nora ashikin said...

Selamat berpuasa dan selamat pindah umah!
:)

Unknown said...

selamat bepuasa!
mintak maaf mana yang terkasar dan terlanjur kata eh?
semoga ramadhan kali ini bawa lebih byk keberkatan pada kita

Asmaul Juakhir said...

kinkin :: selamat juga kepada kau..
ucu :: yeah, maul pon mintak maaf gak klu ade salah silap..

s.c.h.u.l.t said...

alamak! sy taknak kerja lagi.tp gudlucklah untuk kamu..hi hi :)

slamat berpuasa!

Asmaul Juakhir said...

thanks syud..
dan selamat berpuasa juge..